Mi rebus selonggok penuh dengan isi hanya dijual RM2 sahaja di Kampung Sungai Badak Gurun, Kedah. Dah la banyak murah pula tu!
Penuh satu pinggan
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini, seorang lelaki yang makan di sebuah Kedai Cik Dah berkongsikan pengalamannya makan mi rebus yang penuh dengan isi mi rebus serta telur yang banyak dengan hanya RM2!
Wei, mee rebus macam ni punya selonggok. Punya banyak isi semua telur, makcik ni jual RM2 je.
Lelaki itu turut bertanyakan kenapa mi yang penuh selonggok satu pinggan itu hanya berharga RM2 sahaja, dengan bersahaja dan tersenyum jawapan makcik itu membuatkan lelaki tersebut terkejut!
Berniaga sambil sedekah, nak buat kenduri duit tak ada
Makcik itu memaklumkan yang dia berniaga sambil bersedekah seolah-olah dia ingin berniaga untuk memberi orang makan tanpa bayaran. Di akhir video, makcik tersebut turut memaklumkan kuantiti makanan yang banyak merupakan perkara biasa jika berniaga di kampung.
Video Penuh:
@kakpah_malihah #meerebus #gurun #kedah #murahgila #kamisempoi #teammadre #teamkakpah #kitasupportkita #fyp ? original sound – Kak Pah
Semoga dimurahkan rezeki!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat video tersebut mendoakan agar makcik itu dimurahkan lagi rezeki dan terdapat juga segelintir daripada mereka bertanyakan di mana terletaknya lokasi tersebut untuk diviralkan lagi.
Sumber: Kakpah_malihah