berita

Jual Produk Tanpa Kelulusan KKM, Anak Pelakon Veteran Bakal Didakwa Hari Ini

September 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara memiliki dan menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang wanita yang merupakan anak kepada pelakon wanita veteran, bakal didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Guna elemen lucah

Menerusi laporan Harian Metro, wanita berusia 46 tahun itu merupakan pengusaha produk jamu terkenal di Malaysia. Sebelum ini, adik wanita itu juga pernah mencetuskan kontroversi apabila mempromosikan produk mereka menggunakan elemen lucah.

Anak perempuan kepada aktres veteran itu bakal didakwa kerana menjual produk merawat pelbagai masalah dalaman wanita tanpa memperoleh kelulusan KKM terlebih dahulu. Produk diedarkan di pasaran itu didakwa dihasilkan menggunakan pelbagai jenis herba selain dikatakan mampu memulihkan hubungan rumah tangga.

Terdahulu, sepasukan pegawai KKM telah melakukan siasatan terhadap premis kecantikan milik wanita berkenaan di Subang Jaya, Selangor. Hasil pemeriksaan di premis tersebut, terdapat satu jenama produk bukan keluaran berdaftar telah berada di dalam premis berkenaan.

Pegawai KKM kemudian menemui seorang wanita yang mendakwa sebagai pemilik perniagaan di premis itu. Hasil pemeriksaan dilakukan kemudian menemui satu jenama produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM, sekali gus menyalahi Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Susulan itu petugas KKM bertindak merampas produk berkenaan untuk tujuan siasatan.

Dihukum mengikut Akta Jualan Dadah

Berdasarkan siasatan selanjutnya, wanita itu telah melanggar Peraturan 7(1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang juga satu kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peraturan yang sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952. Terbaru, Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 terhadap wanita tersebut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

×