Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman akhirnya membuka mulut berhubung perbalahan yang sedang berlaku antara anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Datang Setiap Minggu Famili Duo Untuk Beri Sokongan’ – Ubai Janji Setia Di Sisi Shila Amzah
Artikel Berkaitan: Netizen ‘Back Up’ Shila Amzah – ‘Adik Beradik Bukannya Budak Lagi, Takkan Tanggungjawab Masih Di Bahu Kakak?’
‘Hilang kata-kata’
Menerusi perkongsian panjang lebar di Instagram, Fauziah akui sudah hilang kata-kata apabila melihat anaknya saling bergaduh dan mengaibkan antara satu sama lain di media sosial.
Menurut Fauziah, dia juga seakan sudah tidak mengenali diri Shila yang sebenar apabila penyanyi itu bertindak mendedahkan kisah dalam kain keluarganya kepada umum.
Untuk anakku Nurshahila yang telah emak kandung di rahim pinjaman Allah ini selama sembilan bulan, yang telah emak lahirkan, susukan dan besarkan selama ini.
Emak dah hilang kata-kata. Satu demi satu dugaan menimpa diri mak di usia yang tinggal sisa ini. Sungguh hanya Allah lebih mengetahui segala apa yang terjadi sekarang.
Jujur, mak sudah tidak kenal siapa Nurshahila lagi. Tulisan ini bukan untuk mengusik nama besar kamu dan bukan juga petanda emak ‘menangkan’ adik-adik.
Tidak pernah ada sikap melebihkan anak yang mana biar ada yang terlebih terkurang itu ini. Allah tahu kasih sayang seorang ibu itu sama sahaja kepada setiap anak-anaknya biar mereka hebat, kaya, degil, nakal atau sebagainya.
Dalam perkongsian yang sama, Fauziah turut menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya memaksa Shila bekerja sejak usianya kecil.
Malah, bekas isteri kepada penyanyi veteran 80-an, Datuk ND Lala itu turut menafikan dirinya menghabiskan duit hasil titik peluk Shila.
Nurshahila memang sudah bernyanyi sejak usia kanak-kanak tapi semua atas rela jiwanya sendiri tiada paksaan. Mungkin, apa yang mak korbankan ke sana sini menemani Nurshahila hanya ‘kewajipan’ emak sebagai ibu. mungkin tiada budi dan pengorbanan emak di situ.
Mak bahagia dan bangga melihat kejayaan cita-cita anak yang diinginkan sejak kecil, mungkin segala sukses itu bukan doa dari mak.
Apakah lupa emak hanyalah seorang isteri yang taat dan menurut apa sahaja yang diatur oleh bapa Nurshahila? Apakah emak yang selama ini mengatur ekonomi keluarga?.
Hingga duit tu dikatakan habis sampai kita sendiri tak tahu berapa keseluruhan jumlahnya. Kita berdua hanya di hantar ke China untuk berkerja. Tanyalah diri dan kamu tahu siapa yang menghabiskannya!
Bagaimanapun, hasil pemerhatian OhBulan!, Fauziah telah bertindak memadam hantaran terbabit selang beberapa minit selepas dimuat naik.
Sumber: Instagram