Gara-gara tersalah menghantar tugasan, pelakon Julia Farhana yang kini melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda akui reda apabila keputusan bagi subjek statistik memperoleh keputusan gagal.
Artikel Berkaitan: Suami Pendorong Julia Farhana Kekal Bertudung, Tak Mahu ‘Judge’ Perjalanan Hijrah Rakan Artis Lain
Artikel Berkaitan: ‘Sarang Tebuan Jangan Dijolok’ – Lufya Omar Terima Permohonan Maaf Julia Farhana Kali Kedua
Gagal subjek statistik
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Julia berkata dia tidak menolak kemungkinan kesilapan tersebut berlaku kerana ketika itu dirinya sedang sakit.
Buat pertama kali saya gagal peperiksaan. Saya gagal sebab salah hantar assignment.
Masa dapat keputusan saya cakap ‘mustahil’, sebab subjek statistik subjek kegemaran saya.
Saya ingat masa hari hantar assignment saya sedang dalam proses pemulihan Influenza dan saya tersalah kepilkan tugasan.
Saya pergi pejabat hari ini, dekat remarks tulis ‘pelajar salah hantar fail’. Pengsan.
Susulan itu, isteri kepada doktor selebriti iaitu Dr Che Hafiz berkata, kegagalan subjek itu telah mempengaruhi keputusan pointer (GPA) bagi semester tersebut.
Dalam masa sama, dia turut berpesan kepada diri sendiri dan orang lain agar lebih berhati-hati.
Jadinya, GPA saya jatuh. Saya tak akan percaya diri saya sendiri kalau sakit lagi. Saya akan minta tolong orang lain hantarkan assignment.
Kesilapan saya sendiri. Jadi pengajaran untuk diri sendiri. Waktu sakit jangan buat perkara yang penting.
Sebelum peperiksaan atau buat tugasan doa banyak-banyak dijauhkan daripada segala penyakit. Boleh jadi paling cuai jika sakit. Saya tak pernah lambat siapkan tugasan. Reda.
Sumber: Instagram