Gara-gara tersalah menghantar tugasan sebelum ini, pelakon Julia Farhana yang kini melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda akui reda apabila keputusan bagi subjek statistik memperoleh keputusan gagal.
Artikel Berkaitan: Julia Farhana Gagal Subjek Statistik, Influenza Punca Salah Hantar ‘Assignment’ – ‘Pertama Kali Failed Peperiksaan’
Artikel Berkaitan: Suami Pendorong Julia Farhana Kekal Bertudung, Tak Mahu ‘Judge’ Perjalanan Hijrah Rakan Artis Lain
Artikel Berkaitan: ‘Sarang Tebuan Jangan Dijolok’ – Lufya Omar Terima Permohonan Maaf Julia Farhana Kali Kedua
Terbaru, Julia kembali menebus kekecewaan tersebut apabila berjaya mendapat anugerah dekan untuk peperiksaan, baru-baru ini.
Back on track
Menerusi sebuah posting di Instagram, isteri kepada Dr Che Hafiz ini dilihat berkongsi keputusan peperiksaan terkini yang diperoleh olehnya. Menerusi keputusan tersebut, Julia berjaya meraih semua A dalam subjek Community Service, English For Oral Communication dan English For Workplace Communication.
Keputusan yang diraih itu berjaya membuatkan Julia mendapat anugerah dekan bagi semester May.
Menurut Julia, dia sangat bersyukur apabila menerima keputusan tersebut. Tambah Julia, dia sudah kembali ke landasan yang sepatutnya.
Alhamdullilah the kind of news I look forward to receive yay! Made it on the dean’s list! Thank you @openuniversitymalaysia
Pada masa yang sama, Julia akui dia tidak mahu menduduki peperiksaan sewaktu sakit. Ini kerana, dia tidak mahu perkara yang terjadi sebelum ini berulang kembali.
Taubat tak nak duduk exam time sakit, demam, tak sihat. Better differ and focus on healing then continue bila dah sihat. Sikit lagi nak graduate, few more semesters to go and I plan to stay on the dean’s list! Insyallah. Doakan saya.
Berbicara lebih lanjut, Julia berkata, dia bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi. Oleh sebab itu, dia mahu mengekalkan keputusan yang baik sehingga semester terakhir nanti.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat mengucapkan tahniah buat Julia di atas keputusan yang cemerlang itu.
Dr Che Hafiz juga dilihat mengucapkan tahniah buat isteri tercintanya.
Sumber: Julia