berita

Julia Ziegler Menunggu Pinangan Kekasihnya

February 20th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Malam Gala Filem Aku Akan Muncul-43

Sudah agak lama juga kita tidak mendengar khabar daripada pelakon cantik ini bukan? Memandangkan usianya yang bakal mencecah ke angka 30 tidak lama lagi, Julia Ziegler seringkali diasak mengenai soalan berkenaan kisah cintanya.

Julia ketika ditemui di tayangan media filem Aku Akan Muncul, akhirnya mengakui bahawa hatinya kini sudah dimiliki seorang jejaka yang juga sahabat karibnya.

Malam Gala Filem Aku Akan Muncul-4Julia Ziegler tidak mahu kisah cintanya menjadi perhatian media

“Memangla saya ada perancangan ke arah itu. Wartawan, kawan-kawan dan keluarga pun selalu bertanya dan saya sendiri pun rasa sudah tiba masa untuk berumahtangga.Tapi saya boleh buat sampai mana kan? Takkan saya pula nak melamar dia.”

Enggan memberitahu siapakah gerangan sebenar jejaka bertuah itu, Julia turut menambah bahawa dia sudah berkawan lama dengan kekasihnya yang dikatakan sangat memahami kariernya sebagai seorang model dan pelakon.

“Kami bergelar kekasih kurang daripada setahun, tapi kenal dah lama, sebelum saya masuk industri lagi. Kiranya, dia bukan nak saya sebab saya glamour atau saya artis. Saya nampak keikhlasan dan sangat mengenali sikap dia.”

Lebih selesa bersikap low profile mengenai kisah cintanya, Julia turut mengatakan bahawa dia tidak mahu memalukan diri sendiri dan keluarga jika hubungannya itu terputus di tengah jalan.

“Buat masa sekarang, biarlah kami macam ini. Saya tak mahu nampak beriya-iya macam sesetengah artis yang bercinta secara terang-terangan. Kalau tak jadi nanti, akan memalukan saya dan keluarga juga. Cuma doakanlah yang terbaik untuk saya.”

Dalam perkembangan lain, Julia kini sedang sibuk mempromosikan filem bergenre seram terbarunya iaitu Aku Akan Muncul yang akan mula ditayangkan pada 27 Februari depan.

Selain itu, pelakon ini juga memberitahu bahawa dia bakal terbang ke Jakarta untuk penggambaran filem dengan sebuah produksi di negara itu. Mari kita lihat beberapa keping lagi foto pelakon cantik ini.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×