berita

Juliana Evans Kena Culik?

August 28th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Juliana Evans

Melihat tajuk di atas pasti ramai peminat terkejut dan tertanya-tanya betul ke berita tersebut kan?

Sabar dulu, harapnya peminat Juliana Evans tidak mudah melatah atau salah faham, ini hanya sekadar gimik sahaja.

Sebenarnya pada 21 Ogos lalu, pelakon filem Mael Lambong tersebut dilihat sedang berkongsi sekeping foto dilaman Instagramnya dengan caption berbunyi :

Screen Shot 2013-08-27 at 11.12.28 PM

Juliana Evans 1

Reaksi Juliana sebagai mangsa culik

Menerusi foto yang dipaparkan itu, Juliana dilihat seolah-olah sedang menjadi mangsa culik seorang lelaki tua dan pada masa yang sama, lelaki tersebut turut mengacukan sebilah pisau dileher pelakon wanita tersebut.

Melihat sahaja reaksi comel dan nakal Juliana, ramai peminat memberi respon positif sehingga ada yang sanggup menawarkan diri untuk tolong menyelamatkannya jika perkara tersebut benar-benar berlaku.

Juliana

Untuk makluman, pada ketika ini Juliana sedang sibuk menyambung pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perfileman, video dan media di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat.

Bagaimanpun, untuk semua peminat Juliana Evans, jom layan beberapa foto menarik pelakon tersebut sewaktu mengikuti aktiviti perkemahan bersama teman-temannya di North Michigan baru-baru ini.


Kredit Foto : Instagram Juliana Evans