berita

Juliana Evans Bukan Balik Malaysia Kerana Dendam Pada Zizan & Emma

November 22nd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-11-22 at 12.09.22 AM

Nampaknya gadis kacukan ini serta merta menjadi buruan media meskipun baru beberapa hari pulang ke Malaysia. Mana taknya, banyak persoalan dan isu yang tidak terjawab semasa  Juliana Evans sibuk menyambung pengajiannya di Western Michigan University.

Terutamanya kontroversi mengenai dirinya yang dikatakan bergaduh dengan Emma Maembong di Los Angeles awal tahun ini. Ada yang kata mereka gaduh pasal Zizan Razak?

Screen Shot 2014-11-22 at 12.11.33 AM

“Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar.

Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain. Tambahan pula kami sudah lama tidak berjumpa. Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa.”

Menerusi temubualnya dengan Media Hiburan, Juliana juga menafikan bahawa niat kepulangannya ke Malaysia adalah untuk menganggu-gugat hubugan Zizan dan Emma. Macam balas dendam gitu.

“Buat apa saya nak dendam atau marah, kerana antara kami hanya kawan rapat sahaja. Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan.

Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan untuk Emma, tak perlu takut dengan saya.”

Fuh. Nampaknya Emma boleh menarik nafas legalah sekarang sebabnya sudah jelas lagi bersuluh yang Juliana memang tak mahu kisahnya dengan Zizan dahulu disebut semula. Yelah, masing-masing pun dah move on dengan kehidupan yang lebih baik kan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×