berita

Jumlah Penonton Meningkat, Media Prima Sedia Pelbagai Rancangan Menarik & Perkembangan Terkini Covid-19

March 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin kritikal di Malaysia, stesen televisyen milik Media Prima Berhad (MPB) akan sentiasa memberikan maklumat dan perkembangan terbaru mengenai wabak tersebut menerusi empat stesennya iaitu TV3, ntv7, 8TV dan juga TV9.

Sentiasa meningkatkan tahap kesedaran

Menurut Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak memberitahu bahawa stesen televisyen di bawah Media Prima akan sentiasa memberi pesanan khidmat masyarakat (PSA) kepada semua penonton serta meningkatkan tahap kesedaran mengenai bahayanya virus berkenaan.

Selain informasi yang disampaikan melalui program bual bicara dan saluran berita, MPB menyiarkan info grafik. Maklumat yang sentiasa up-to-date juga menjadi satu sebab penonton sentiasa menantikan laporan terkini daripada saluran TV3, ntv7, 8TV dan juga TV9.

Setakat 18 Mac 2020, stesen TV3, ntv7, 8TV dan juga TV9 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 31% bilangan penonton dan Buletin Utama sahaja sudah mencatat peningkatan sebanyak lebih daripada 50% penonton. Ini menunjukkan rakyat Malaysia akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pelbagai program menarik

Tambahnya, pelbagai program yang menarik telah disusun buat penonton sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Meskipun, beberapa penggambaran drama terpaksa ditangguhkan sehingga 31 Mac nanti, beliau yakin kesemua program yang disiarkan oleh Media Prima sangat menarik.

Kesihatan menjadi keutamaan kami. Sekiranya penggambaran tidak dapat diteruskan, kami sudah bersedia dengan pelbagai susunan program menarik untuk penonton yang mematuhi arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berada dalam rumah sepanjang masa.

Antara program yang bakal mewarnai dan menceriakan hari korang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ialah I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga, Rindu Yang Terindah, Budak Tebing dan Seindah 7 Warna Pelangi.

Buat korang yang ingin mendapatkan info semasa pula, program bual bicara seperti Malaysia Hari Ini dan Borak Kopitiam akan sentiasa melaporkan info buat korang dari masa ke semasa . Manakala, maklumat dan info yang lebih terperinci, korang boleh tonton saluran berita yang disampaikan melalui keempat-empat stesen saluran di bawah Media Prima.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×