berita

Jumpa 7kg Gumpalan Rambut Dalam Perut, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai ‘Trichophagia’

September 9th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Watak Rapunzel merupakan watak yang menjadi kegemaran kanak-kanak menerusi kartun Rapunzel. Menerusi cerita dongeng ini, ia menampilkan watak seorang wanita yang berambut panjang yang cantik.

Namun, ramai yang tidak tahu simbolik di sebalik rambut panjang Rapunzel itu, terdapat satu sindrom yang dikenali sebagai sindrom Rapunzel.

Apa itu sindrom Rapunzel

Foto: The Sun UK

Sindrom Rapunzel atau dikenali sebagai Trichophagia merupakan sindrom apabila rambut yang dimakan seseorang terperangkap di perut dan tidak boleh dihadam dengan normal. Bola rambut yang terbentuk ini boleh menyebabkan mual, kembung, sakit perut dan muntah.

Dalam beberapa kes, bola rambut yang terbentuk ini boleh menyebabkan kegagalan organ dan paling menakutkan ialah kematian. Mungkin bagi sesetengah orang tidak mempercayai akan sindrom ini, tetapi ia benar-benar wujud dan bukannya mitos dalam cerita dongeng.

Kes yang terjadi

Foto: The Sun UK

Sindrom Rapunzel ini terjadi kepada seorang gadis yang berusia 16 tahun, di Russia. Dia mula mengunyah rambutnya sejak 10 tahun yang lepas dan akhirnya terbentuk bola rambut di dalam perut.

Menurut Dr. Andrey Karavaev yang merawat gadis tersebut, 80% perut gadis tersebut telah dipenuhi dengan bola rambut dan saluran gastrointestinal menjadi tersumbat dan jika tidak dirawat dengan segera boleh membawa kepada kematian.

Selepas pembedahan membuang rambut di perut perempuan itu, dia kini semakin pulih dan tidak lagi mengalami sebarang masalah penghadaman. Menurut doktor, ia merupakan kes kedua yang berlaku dalam negara itu.

Rambut akan hilang

Gambar sekadar hiasan

Individu-individu yang menderita sindrom Rapunzel akan merasai keguguran rambut dan secara tidak langsung menyebabkan seseorang itu menjadi botak. Hal ini disebabkan, rambutnya telah dimakan tanpa individu itu sedar.

Kehilangan rambut ini merupakan perkara biasa kepada pesakit sindrom Rapunzel.

Terbaru, kes terjadi di India yang melibatkan seorang remaja, Sweety Kumari, 17 yang dikesan mengalami sindrom Rapunzel dan setelah membuat pembedahan, gumpalan rambut seberat 7kg ditemui dalam perut remaja tersebut. 6 jam diperlukan oleh doktor sebelum berjaya mengeluarkan gumpalan rambut tersebut.

Ibu bapa perlu berwaspada

Gambar sekadar hiasan

Menurut Dr. Katharine Phillips, lazimnya ibu bapa akan menjadi orang pertama yang dapat mengesan sindrom ini terhadap anak mereka. Tambahan pula, kanak-kanak yang mempunyai sindrom ini perlu menjalani rawatan psikologi kerana ia dikaitkan dengan faktor stress.

Mungkin sesetengah ibu bapa beranggapan makan rambut merupakan perkara biasa dalam kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa dinasihat untuk berwaspada dan memerhatikan anak-anak mereka daripada makan benda yang tidak sepatutnya kerana mencegah lebih baik dari merawat.

Sumber: The Sun UK, HaiBunda& Intisari

SKIP THIS AD ×