berita

Jumpa Bukti CCTV Pelakon Thailand ‘Ditolak’ & Bot ‘Sebenar’ Ditemui, Pengurus ‘Jual’ Tangmo Nida Sebab Duit?

March 7th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Meskipun sudah hampir seminggu kematian artis terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida, namun pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini. Malah satu persatu petunjuk baru dan rakaman CCTV mula terbongkar. Sejak daripada itu, pelbagai spekulasi dan teori tercetus sehingga banyak yang berandaian pelakon Thailand ini sebenarnya dibunuh.

Artikel Berkaitan: Maut Terjatuh Dari Bot, Mayat Pelakon Terkenal Thailand Ditemui Selepas 38 Jam

Artikel Berkaitan: Rakaman CCTV Tersebar, Netizen Syak Kematian Pelakon Thailand Dirancang, Gambar IG Dipadam, Baju ‘Saksi’ Koyak & Badan Luka

Artikel Berkaitan: Kematian Pelakon Thailand Jadi Persoalan, Ibu Tak Percaya Anak Maut Terjatuh Bot – ‘Nampak Dia Sedih’

Kratik tiba di rumah jam 3:36 pagi

Sebelum ini viral satu video di media sosial memaparkan mendiang Tangmo Nida sedang memegang gelas minuman sambil menyanyi di atas bot. Bagaimanapun video yang dirakam pengurus mendiang iaitu Kratik menjadi perhatian ramai selepas mereka mendakwa terdengar suara lelaki yang meminta seseorang membawa mangsa ke satu bahagian di dalam bot berkenaan.

Selain itu, muncul pula satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan Kratik bersama seorang rakannya, Robert berada di lorong kecil kawasan jeti sekitar jam 12:46 pagi, mereka kemudian meninggalkan kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih. Sedangkan pada itu, pasukan penyelamat sedang menjalankan misi pencarian mayat Tangmo Nida.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Kratik sebelum ini mendakwa dia terus pulang ke rumah Tangmo selepas pasukan penyelamat tiba di jeti kerana bimbang anaknya, Easter sendirian di rumah. Tetapi menerusi rakaman CCTV, Kratik dilihat tiba di rumah sekitar jam 3:36 pagi dengan menaiki kereta berwarna hitam.

Kratik didakwa ‘jual’ Tangmo Nida?

Tidak terhenti di situ, beberapa lagi rakaman CCTV di atas bot terbongkar apabila ada yang mendakwa melihat ada ‘sesuatu’ terjatuh dari bot berkenaan malah ada yang mendakwa itu adalah Tangmo yang ditolak seseorang sehingga terjatuh. Menurut kenyataan saksi iaitu nelayan yang berdekatan kawasan kejadian, dia melihat sendiri bagaimana bot laju itu berpusing dengan sangat laju dan tidak terkawal. Malah dia juga mendakwa terdengar ada suara menjerit nama ‘Mo’ atau ‘Bo’ berkali-kali. Meskipun begitu, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung rakaman CCTV tersebut. Malah ada dakwaan mengatakan bahawa luka yang terdapat pada kaki Tangmo adalah disebabkan tertusuk gelas wine dan bukannya disebabkan terkena kipas bot.

Bukan itu sahaja, ada dakwaan mengatakan pihak berkuasa sudah menemui sebuah lagi bot ‘sebenar’ yang dipercayai dinaiki oleh Tangmo Nida dan rakan-rakannya. Bot tersebut dipercayai telah ditukar dengan bot yang lain dan mereka ‘menyembunyikan’ bot itu kerana bimbang ‘jenayah’ mereka dihidu orang lain.

Terbaru menerusi satu rancangan, terdapat satu perbualan mesej yang mendakwa Kratik mengaku ‘menjual’ Tangmo kepada seorang orang kaya yang berpangkat VVIP tanpa pengetahuan artis tersebut. Malah, Tangmo juga dikatakan telah mendengar ‘rahsia’ besar serta mengetahui identiti VVIP berkenaan. Oleh itu, mereka terpaksa ‘menutup mulutnya’.

Menerusi laporan media tempatan, pihak polis Thailand memaklumkan setakat ini kematian tersebut adalah berpunca daripada kemalangan sehingga siasatan selesai.

Video

Tangmo Nida ditolak?

Sumber: Tnews, Thai NewsAmarin TV, Tubtimcho, Yuumieeza_, TikTok

SKIP THIS AD ×