Pelawak dan usahawan, Shuib menolak permohanan maaf dibuat seorang wanita yang telah menyebarkan fitnah membabitkan nama isterinya iaitu Allahyarham penyanyi Siti Sarah.
Artikel Berkaitan: Shuib Hilang Sabar Dituduh ‘Tunggang’ Arwah Isteri Selepas Jemput Bekas Banduan Kerat 8 Ke Podcast
Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Kesal Nama Ditunggang – ‘Dalam Podcast Tu Kebanyakannya Direka & Ditokok Tambah’
‘Jumpa di mahkamah’
Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhamad, 40, meminta individu terbabit supaya tampil bersemuka di mahkamah.
Tunggu peguam saya akan hubungi awak. Insya-Allah jumpa di mahkamah.
Awak tahu kan saya pernah saman orang di mahkamah hanya kerana posting bodoh.
Shuib berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story.
Perkongsian tersebut turut memaparkan perbualan Shuib dan wanita berkenaan yang berkali-kali memohon maaf.
‘Saya ada kacau awak?’
Dalam pada itu, Shuib meminta individu terbabit untuk menjelaskan mengenai komen yang dibuat olehnya apabila mendakwa pelawak itu sering ‘menunggang’ cerita berkaitan Sarah.
Boleh bagitahu saya apa alasan awak untuk tulis ‘tunggang’ arwah isteri saya? Awak dah kahwin? Dah pernah rasa kehilangan orang tersayang? Pernah hilang keluarga?
Apa perasaan awak kalau orang cakap awak tunggung kisah kematian ahli keluarga awak?
Saya ada kacau awak? Ada kacau keluarga awak? Ada hina keluarga awak? Kita kenal ke? Pernah jumpa?
Saya sebenarnya terlalu pantang bila orang kaitkan arwah, bercakap buruk tentang arwah!
Sumber: Instagram