berita

Jumpa Kesan Cap Jari & DNA, Pembunuh Zayn Rayyan Mungkin Ada Rekod Jenayah Seksual

December 9th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pihak polis berharap dapat menemukan suspek pembunuhan Zayn Rayyan berikutan dengan penemuan kesan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Rakaman Suara Didakwa Milik Ibu Zayn Rayyan – ‘Tak Ada Bunyi Kasut, Berdesup Hilang Macam Tu Je’

Artikel Berkaitan: ‘Kecederaan Akibat Mempertahankan Diri’- Zayn Rayyan Dipercayai Dicekik

Mungkin suspek ada rekod jenayah seksual

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan bahawa suspek pembunuhan Zayn Rayyan mempunyai jenayah lampau termasuk kesalahan seksual.

Difahamkan, pihak polis akan membuat siasatan menyeluruh termasuk menjalankan semakan rekod membabitkan penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan.

Ia meliputi mass screening (tapisan besar-besaran) membabitkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terbabit dalam kesalahan seksual.

Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis sama ada penduduk tempatan atau di luar kawasan, semua kita akan beri perhatian.

Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.

Zayn kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai dan hasil bedah siasat, polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh.

Polis kemudian mengesahkan Zayn tidak menjadi mangsa dera seperti yang didakwa.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×