Foto: Kosmo
Masalah rumah tangga dipercayai menjadi salah satu punca seorang suami bertindak kejam menembak isterinya sebelum memasukkan mayat ke dalam tong air dan ditanam di ladang serai.
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma Sebak, Posting Terakhir Wanita Mangsa Bunuh Kongsi 3 Video Kuliahnya
Artikel Berkaitan: Angkara Cemburu, Suami Bunuh Isteri, Isi Dalam Tong Sebelum Tanam Guna Jengkaut
Artikel Berkaitan: ‘Kita Lelaki, Patah Tumbuh Hilang Berganti’ – Netizen Serang FB Suspek Bunuh, Tanam Isteri
Terbaru, salah seorang jiran mangsa telah tampil membuka mulut menceritakan tentang kejadian yang menimpa wanita ini.
Dengar mangsa dan suspek bergaduh
Foto: Facebook
Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Kosmo, pasangan ini dikatakan mengalami masalah rumah tangga dan sedang dalam proses penceraian. Pihak polis juga telah menemui surat fasakh di kediaman pasangan ini ketika membuat pemeriksaan.
Malah, sehari sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah pulang dari kerja lebih awal berbanding hari biasa. Pada waktu malam pula, pasangan ini dipercayai telah bertengkar sehingga didengari oleh jiran tetangga yang lain. Bukan itu sahaja, jiran tetangga turut melihat suspek membawa keluar sebiji tong air berwarna biru dari kediamannya.
Esok pagi (Ahad) saya mendapat tahu dia hilang tidak balik ke rumah. Ada jiran membuat laporan kepada polis kerana curiga dengan tindakan suaminya.
Susulan daripada itu, suspek bersama seorang lagi individu lain telah ditahan polis dan semasa soal siasat, suspek mengaku telah membunuh isterinya.
‘Kesan tembakan jarak dekat’
Foto: Kosmo
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatn Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof melaporkan hasil daripada bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam pada tubuh badan mangsa.
Turut dikesan ialah beberapa butir logam timah dipercayai peluru senapang angin di dada dan perut mangsa kesan tembakan pada jarak dekat.
Jelasnya lagi, pihak polis kini masih menunggu laporan penuh hasil bedah siasat daripada pihak hospital.
Sumber: Kosmo, Harian Metro