berita

Jumpa Tepi Jalan Ajak Kahwin, Viral Video ‘Pak Cik’ Selamba Raba Punggung Wanita Lepas Kena ‘Reject’

April 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara bertindak di luar batas dan berkelakuan tidak senonoh dengan meraba punggung seorang wanita, tertuduh berusia 52 tahun telah dihadapakan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara selama setahun. Perbuatan tidak bermoral itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tersebar di media sosial.

Selamba raba punggung

Memetik laporan daripada Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah lorong di kawasan perumahan yang terletak di Jalan Hamzah, Kota Bharu Kelantan. Berdasarkan video yang viral itu memperlihatkan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an sedang menunggang motosikal sambil mendekati seorang wanita yang sedang berjalan kaki sendirian di kawasan terbabit.

Menurut sumber, tertuduh yang dikenali dengan nama Amran Abdullah ini kemudian bertanya kepada mangsa yang berusia 19 tahun itu sama ada mahu berkahwin dengannya atau pun tidak. Mangsa dikatakan telah menolak pelawaan tersebut. Namun secara kebetulan pada ketika itu, sebuah kereta telah melalui kawasan tersebut dan membuatkan tertuduh segera beredar dari lokasi kejadian.

Ada rekod lampau

Foto: Sinar Harian

Tidak lama selepas itu, tertuduh kembali semula ‘mengganggu’ mangsa dan apa yang tidak disangka-sangka, dia tergamak meraba punggung mangsa. Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, dia terus beredar meninggalkan mangsa sendirian di tepi jalan. Selepas menjalankan siasatan, pihak polis berjaya menahan tertuduh dan dia dijatuhi hukuman penjara selama setahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul.

Bukan itu sahaja, hasil daripada semakan mendapati tertuduh mempunyai empat rekod lampau bersabit kes yang sama. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×