Sudah menjadi satu trend, setiap kali meraikan majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan dan pertunangan, kebanyakan rakyat Malaysia pasti akan menggunakan khidmat dan mengupah photographer untuk mengabadikan kenangan terindah mereka dengan gambar-gambar yang cantik.
Tetapi kali ini lain pula yang jadinya apabila seorang photographer terkejut sebaik sahaja melihat satu penampakan lembaga di dalam gambar yang diambilnya semasa sesi outdoor photoshoot bersama pasangan pengantin tersebut.
Penampakan lembaga
Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik photographer tersebut di laman Facebooknya, Ijoy Salute Bendang memaparkan pasangan pengantin sedang berdiri di dalam satu bilik di Kellie’s Castle untuk sesi photoshoot. Tetapi apa yang peliknya semasa kejadian mereka langsung tidak menyedari penampakan lembaga itu. Menurutnya lagi, dia hanya perasan penampakan lembaga itu ketika dia sedang membelek-belek gambar pasangan tersebut untuk melakukan sesi editing.
Sebaik sahaja melihat gambar berkenaan, dia sangat terkejut apabila ternampak satu penampakan lembaga yang berada betul-betul di belakang pasangan pengantin tersebut. Tambahnya lagi, ini merupakan kejadian kedua yang dia pernah alami sepanjang bergelar photographer.
Baru nak edit-edit, baru rasa nak jadi sikit, baru perasan yang akak baju putih rambut panjang tu. Buat apa pula dekat situ? Dah tak jadi nak edit, haih. Ini 2nd time kena.
‘Tempat tu memang keras’
Perkongsian individu ini walau bagaimapun telah mendapat perhatian daripada pengguna media sosial. Sementara itu, penduduk di kawasan tersebut juga turut berkongsi pengalaman seram mereka ketika berada di ‘istana’ berkenaan. Menurut mereka, istana itu merupakan satu kawasan yang tersimpan dengan 1001 kisah misteri.
Sumber: Ijoy Salute Badeng