berita

Jurulatih Tenis Rogol Pelajar 400 Kali, Buat ‘Projek’ Masa Latihan & Di Bilik Persalinan

January 14th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang jurulatih tenis telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun selepas disyaki merogol empat orang pelajarnya sekitar tahun bermula 2000 dan antara 2009 serta 2014. Siapa sangka di sebalik figura seorang insan yang bergelar ‘guru’ tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak muridnya.

Jurulatih tenis merogol

Menerusi laporan yang dipetik daripada ETV, suspek yang dikenali dengan nama Endrew Geddes itu merupakan seorang jurulatih tenis di Perancis. Suspek tergamak melayan empat orang pelajarnya yang berusia dalam lingkungan 12 hingga 17 tahun sebagai hamba seks.

Salah seorang mangsa yang berusia 12 tahun memberitahu segala-galanya bermula selepas dia bertemu dengan suspek pada tahun 1999. Mangsa telah dirogol, dijadikan hamba seks dan diserang secara seksual ketika dia berusia 12 tahun hinggalah umurnya mencecah 14 tahun. Lebih mengejutkan apabila mendengar pengakuan mangsa bahawa suspek telah merogol dan menganggu secara seksual hampir 400 kali.

Dijatuhi hukuman penjara

Tidak terhenti di situ, suspek kemudian mula ‘menyerang’ tiga orang mangsa lain yang berada di bawah bimbingannya. Apa yang paling tidak disangka-sangka, suspek telah melakukan perbuatan semasa berada di dalam kereta, bilik persalinan atau ketika sesi latihan.

Malah, mereka juga dipaksa untuk memutuskan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan semata-mata mahu menjadikan mangsa sebagai hamba seks. Ketika perbicaraan di mahkamah, suspek telah mengaku bersalah dan menyesal dengan tindakan yang dilakukannya itu.

sumber: ETV, Inquirer

SKIP THIS AD ×