berita

Jururawat Luah Kecewa Disisihkan Masyarakat Semasa Pandemik, Dituduh Bawa Kuman!

October 30th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Menjadi anggota barisan hadapan (frontliners) merupakan tugasan yang amat mencabar fizikal dan mental. Mereka terpaksa memakai sut Peralatan Perlindungan Diri (PPE) selama berjam-jam dan terpaksa menahan peluh dan lapar demi mengelak daripada terkena jangkitan virus Covid-19.

Namun, pengorbanan mereka seolah-olah tidak dihargai apabila wujud segelintir masyarakat yang berfikiran negatif dan meletakkan satu stereotype kepada mereka.

Kisah 1

Seorang lelaki di Twitter, berkongsi beberapa screenshot status WhatsApp kakaknya yang meluahkan perasaan apabila masyarakat memandang serong terhadap mereka. Kakaknya terpaksa berhadapan dengan beberapa situasi yang sukar apabila  memakai pakaian seragam jururawat. Tidak berakhir di situ, kakaknya turut dimarah ketika hendak mengisi minyak dengan alasan ‘pembawa kuman’.

Awak yakin?

Tambahan pula, kakaknya turut ‘memerli’ tindakan segelintir masyarakat yang berfikiran bahawa kuman itu datang dari hospital. Baju harian yang kita pakai belum tentu bersih, ada hati nak kutuk ‘frontliners’ ni.

Jangan risau!

Tidak berakhir di situ, kakaknya turut menjelaskan perkara yang sebenar supaya masyarakat tidak keliru akan pakaian seragam yang dipakai oleh mereka. Bagi menguruskan kes-kes yang berkaitan virus Covid-19, mereka akan memakai satu sut khas PPE dan mengikut setiap SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan daripada terjangkit dengan penyakit itu.

Common sense please!

Sumber: BangJam

SKIP THIS AD ×