Tindakan seorang jururawat membuat video tutorial cara aplikasi hand sanitizer yang betul telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji pendekatan yang diambilnya untuk memberi ilmu kepada masyarakat. Malah, ramai sebenarnya yang tidak tahu cara pemakaian yang tepat untuk memberi kesan efektif kepada pembasmian kuman.
Walaubagaimanapun, Delegation of Nurses mendakwa jururawat tersebut diminta beri penjelasan kepada pihak atasan mengapa video tersebut dirakam.
Hal ini sungguh mengecewakan
Difahamkan, rasional tindakan hanya kerana beliau sedang memakai pakaian seragam jururawat. Delegation of Nurses juga mempersoalkan adakah jururawat tersebut cuba mengiklankan diri atau memberi tutorial yang salah kepada umum sehingga diminta beri penjelasan.
Adakah jururawat tidak boleh berkempen luar hospital?
Delegation of Nurses berpendapat lagi, jururawat seharusnya mendidik masyarakat tanpa mengira masa dan tempat seperti disarankan International Council of Nurses.
Sumber : Delegation of Nurses