berita

Jurutera Gantung Diri Stres Kerja Dari Rumah

October 23rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Budaya Work From Home (WFH) semakin dipraktikkan di banyak negara bagi mengurangkan risiko seseorang itu terkena jangkitan wabak Covid-19. Di India, berlaku kisah yang agak menyedihkan, apabila seorang jurutera bertindak menggantung diri di rumahnya akibat tekanan bekerja dari rumah.

Tertekan dengan budaya baru

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Times of Indialelaki yang dikenali sebagai Jigar Gandhi, 32 tahun, bertindak menggantung diri akibat tidak dapat mengawal tekanan yang dihadapi berikutan rutin norma baharu yang memerlukan dia bekerja dari rumah.

Jigar sebelum ini dilaporkan pulang dari tempat kerjanya di Haryana, India, ketika perintah berkurung diumumkan di negara itu. Selaras dengan penguatkuasaan tersebut, dia terpaksa bekerja dari rumah selama beberapa bulan. Ketika kejadian, Jigar ditemui menggantung dirinya di tingkat pertama rumahnya.

Soal siasat

Sekadar gambar hiasan

Hasil soal siat pihak polis, keluarganya mengesahkan Jigar sebelum ini memang mempunyai tekanan kerja sepanjang pandemik Covid-19 berlaku. Menerusi bedah siasat yang dilakukan, pihak polis turut mengesahkan mangsa mati dengan cara menggantung diri.

Sebelum kejadian berlaku, Jigar sempat menelefon bapa saudaranya dan meminta bapa saudaranya menemani dirinya untuk satu malam dan lagi menyedihkan apabila Jigar sepatutnya dijadualkan bertunang pada hujung tahun ini.

Sumber: Times of India

SKIP THIS AD ×