Pelakon, Betty Banafee dan beberapa orang rakan artis masih tidak berputus asa untuk memperjuangkan nasib Bella yang dikatakan menjadi mangsa dera sebuah pusat jagaan. Betty menggesa agar pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap lima perkara yang mahu digesakan.
Kami mewakili artis-artis tanah air
Menurut Betty, dia menggesa pihak mahkamah mempercepatkan perbicaraan kes Bella kerana kes tersebut dianggap ‘public interest’ dan jangka masa perbicaraan kes berkenaan terlalu lama. Tambah Betty, pihak polis perlu mengemukakan hasil siasatan ke atas laporan polis yang telah dibuat oleh 5 hingga 8 orang bekas penghuni rumah bonda berkenaan penderaan mental dan fizikal yang mereka hadapi akibat perbuatan pengasas rumah tersebut iaitu Siti Bainun.
Peraturan-peraturan di rumah bonda yang tidak masuk akal sehingga mendera mental dan fizikal bekas penghuni dan persitaan hukuman untuk bayi-bayi mereka yang tidak dibenarkan mendapat susu ibu bergantung berapa lama hukuman di berikan pada ibu ibu remaja bayi tersebut.
Di samping itu, Betty dan rakan-rakan turut menggesa pihak polis untuk menyiasat semula laporan yang telah dibuat oleh bekas penghuni rumah tersebut bagi memberi keadilan kepada mereka yang terkesan dari segi mental dan fizikal. SOP penyerahan remaja hamil dan bayi kepada pengasas rumah bonda juga perlu disiasat semula katanya.
Ada yang kena sampai seminggu persitaan bayi, kesengsaraan si ibu mendapatkan bengkak susu. Dalam laporan yang telah dibuat juga ada menyebut berkenaan penderaan terhadap adik Bella. Setakat ini laporan polis tersebut senyap begitu sahaja. Pengasas Rumah Bonda tidak dikenakan apa-apa tindakan reman seperti kes penderaan yang lain. Ramai pihak berasa hairan bagaimana JKM begitu mudah menutup mata malah memberi remaja dan bayi untuk diserahkan kepada rumah bonda yang tidak berdaftar pun dengan JKM. Rumah bonda hanya dikenakan denda sahaja kerana beroperasi tanpa lesen.
Betty turut menekankan ketelusan pihak berkuasa dalam melindungi kanak-kanak yang di tempatkan di pusat perlindungan.
Hargai usaha rakan artis
View this post on Instagram
Di Instagram, Betty juga meluahkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan artis yang bersusah payah berada di perkarangan Mahkamah Jalan Duta seawal jam 7 pagi. Ujar Betty, mereka menyerahkan memorandum tersebut dalam keadaan menahan lapar dan dahaga hingga penyerahan selesai serta mahkamah mula bersidang lagi.
Seawal jam 5.30 pagi deringan telefon dibuat bagi memastikan rakan suara artis sampai di lokasi tepat jam 7.30am pada 30 may 2022. Terasa macam call time shooting? Missing those days when we do shooting with sometime crazy call time at the shooting location.
Antara rakan artis yang hadir di mahkamah ialah Sherry Ibrahim, Zahida Rafik dan Ellie Suriaty.
Sumber: Betty Banafee