berita

Justin Bieber Gubah Semula Lagu MJ?

August 21st, 2013 | by Ai
Hollywood

JustinBieberBelive5_616

Beberapa hari yang lepas, industri hiburan antarabangsa heboh selepas sebuah lagu lama Michael Jackson berjudul Slave to the Rhythm versi baru mula tersebar di internet.

Umum tahu bahawa Slave to the Rhythm adalah lagu asal nyanyian Raja Pop itu telah dilancarkan setahun selepas kematiannya. Namun kini timbul pula desas-desus mengatakan Justin Bieber telah memberi nafas baru kepada lagu itu.

Melalui lagu versi baru itu, peminat dapat mendengar paduan suara persis Bieber dan MJ sambil dilatari muzik rancak yang menghiburkan.

Bieber bagaimanapun masih belum menjelaskan khabar angin tersebut namun penyanyi itu ada menyebut sesuatu yang hebat bakal berlaku sambil mengemas kini beberapa tweet yang berkaitan MJ.

Screen Shot 2013-08-20 at 16.39.05

Apapun, jom layan dulu lagu berkenaan di bawah. Jika benar inilah lagu “Slave To The Rhythm’ yang telah digubah itu, boleh tahan sedap juga versi baru ini. Apa pendapat anda?

http://www.youtube.com/watch?v=vIehIoflHdI

Sumber: Entertainment Weekly

SKIP THIS AD ×