berita

Jutawan Muda Dibunuh Kejam! Kepala, Badan Dikerat Sebelum Dimasukkan Dalam Beg Plastik

July 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang jutawan syarikat teknologi yang berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia dipercayai akibat dibunuh. Kejadian itu dipercayai berlaku di rumah mangsa yang terletak di New York. Lebih meruntun hati apabila mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa kepala dan tubuh badannya telah dikerat-kerat.

Tubuh badan dikerat

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, mangsa dikenali dengan nama Fahim Salleh ditemui oleh adiknya yang ingin melawatnya di rumah. Menurut adik mangsa, dia sudah beberapa kali cuba menghubungi abangnya itu tetapi tiada sebarang tindak balas yang diterima. Dia yang mengesyaki sesuatu nekad pergi ke rumah tersebut untuk memeriksa keadaan Fahim Salleh. Tetapi lain pula yang jadinya apabila dia melihat tubuh badan mangsa sudah dikerat-kerat.

Dia kemudian menghubungi pihak polis untuk melaporkan berhubung insiden ngeri itu. Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan ketika sampai di sana, mereka mendapati gergaji elektrik yang disyaki digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa masih terpasang pada suisnya. Mayat mangsa ditemui di dalam beg plastik bersebelahan dengan gergaji elektrik berkenaan. Pihak polis New York percaya, kemungkinan kehadiran adik Salleh di rumah terbabit mungkin disedari oleh suspek.

Diserang lelaki berpakain hitam

Menurut sumber, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki memakai pakaian serba hitam dan menggunakan topeng muka sambil membawa beg pakaian telah mengekori Fahim Salleh masuk ke dalam lif kondominium tersebut. Namun, selepas tibanya di tingkat unit rumah mangsa, berlakunya pergelutan antara mereka.

Pihak polis mengesyaki individu yang berpakaian hitam itu merupakan suspek yang membunuh mangsa. Sementara itu, pihak polis memaklumkan kemungkinan pembunuhan Fahim Salleh dirancang oleh pembunuh yang profesioanal memandangkan hampir tiada darah ditemui di rumah berkenaan. Siasatan lanjut untuk mengetahui punca serangan masih lagi dijalankan. Mereka juga sedang mengenalpasti bagaimana suspek boleh memasuki ke dalam kawasan kondominium mewah tersebut.

Sumber: Mirror UK, BBC

SKIP THIS AD ×