berita

‘Jutawan Tapi 2 Bulan Nafkah Anak Hanya Beri RM5,000. Wajarkah? – Bekas Isteri DDNK

September 27th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai perkahwinan seorang pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie. Sejak daripada itu, pelbagai spekulasi yang timbul berhubung rumah tangga pasangan ini.

Artikel Berkaitan: ‘Aku Diam Untuk Aku Reveal Di Mahkamah…’ – Bekas Isteri DDNK

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Dituduh Perampas, DDNK Mohon Henti Kecam – ‘Beri Dia Sedikit Ruang, Dia Masih Berumur 25 Tahun”

Bekas isteri DDNK, Watie pada mulanya mengambil pendekatan berdiam diri kerana mahu menceritakan segalanya di mahkamah sahaja. Namun beberapa perkongsiannya di Facebook kebelangan ini mengundang pelbagai kontroveri.

Nafkah dua bulan RM5K

Menerusi perkongsian di Facebook Watie sebelum ini, dia memaklumkan sudah menghadiri prosiding tuntutan hadhanah atau penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Selain itu, Watie juga sudah memfailkan tuntutan nafkah untuk anak lelaki tunggalnya, Haykal di mana tarikh sebutan kes telah berlangsung semalam iaitu pada 26 September 2022. Dalam kesempatan itu,Watie memohon orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah hantaran terbaharu Watie di Facebook seakan mempersoalkan jumlah nafkah yang diterima. Meskipun Watie tidak menyebut nama mana-mana pihak namun ramai beranggapan bahawa individu yang dimaksudkan wanita ini adalah bekas suaminya.

Sebagai jutawan, dua bulan nafkah anak hanya mampu beri RM5k, wajarkah? Apakah tanggungjawab bapa kepada anaknya apabila berlaku penceraian?

Hantaran tersebut secara tidak langsung telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata daripada mereka beranggapan bahawa jumlah RM5,000 tersebut agak sedikit dan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan anak selama dua bulan.

Sumber: Atielia De Sams

SKIP THIS AD ×