berita

Kad NFC Asyik Habis Stok Je? Tak Payah Pening, HONOR 70 Bersama Touch ‘n Go Lancarkan Kad NFC Edisi Terhad!

October 28th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Sejak dilancarkan pada awal tahun ini, kad pra bayar baharu Touch ‘n Go dengan teknologi NFC ni sangat-sangat mendapat sambutan sehingga ia habis dijual di kebanyakan tempat! Ada juga yang ambil kesempatan dengan menjual semula dan meletakkan harga yang tinggi. Itu pun ada yang sanggup beli tau.

Disebabkan permintaan yang tinggi ini, HONOR dan Touch ‘n Go telah menjalinkan kerjasama sekaligus memperkenalkan warna terbaru telefon pintar HONOR 70 yang akan dilancarkan bersama kad NFC Enhanced Touch ‘n Go.

Haa..buat korang yang masih belum ada dan masih tercari-cari kad NFC tu, inilah masanya! Nak tahu apa yang menarik tentang kolaborasi HONOR 70 X Touch ‘n Go ni? Jom kami kongsikan!

Warna HONOR 70 Icelandic Frost direka seakan-akan kad Touch ‘n Go NFC. Colourful!

Kalau korang nak tahu, kolaborasi HONOR 70 X Touch ‘n Go ni merupakan kerjasama pertama HONOR Malaysia dengan jenama tempatan.

Menariknya kali ini, smartphone HONOR 70 didatangkan khas dengan warna Icelandic Frost, diinspirasikan dari warna ikonik kad NFC iaitu campuran biru, merah jambu dan kuning yang akan bersinar di bawah sinaran lampu. Wow, memang matchy lah dengan kad NFC korang tu!

Bukan hanya warna yang menarik, HONOR 70 Icelandic Frost ni juga dilengkapi dengan penutup belakang Kaca AG yang bebas calar dan cap jari serta ringan dan mempunyai cengkaman yang baik.

HONOR 70, digelar sebagai telefon pintar kamera terbaik dalam lingkungan harga RM2000!

HONOR

Kalau tadi kami sebutkan pasal warna dan reka bentuk, meh kami kongsikan pula tentang ciri-ciri istimewa HONOR 70 ni.

Dilengkapi dengan sensor SONY IMX800 pertama di dunia, HONOR 70 mampu menangkap lebih banyak cahaya yang membolehkan ia menghasilkan gambar yang lebih terang dan terperinci dalam senario cahaya malap.

Kebanyakan telefon pintar gagal mengambil gambar yang baik kerana terdedah dengan cahaya belakang, tapi dengan HONOR 70, korang takkan ada masalah ini kerana ia dapat mengawal sumber cahaya yang kuat di bahagian belakang, sambil memastikan subjek kelihatan lebih cerah di hadapan. Bayangkan kalau korang ambil selfie dengan HONOR 70, mesti letups gambar korang tu!

Kalau korang perasan, agak susah nak cari telefon pintar yang dilengkapi dengan kamera ultra lebar 8MP, 12MP dengan harga di bawah RM2,000. Tapi tidak dengan HONOR 70.

Dengan lingkungan harga di bawah RM2,000, HONOR 70 dilengkapi dengan kamera utama ultra lebar 50MP serta pandangan yang lebih luas iaitu 122° untuk gambar yang lebih jelas dan terperinci.

Dapatkan Kotak Hadiah Edisi Terhad HONOR 70 X Touch ‘n Go hari ini juga!

Mesti korang dah tak sabar nak dapatkan telefon pintar HONOR 70 dan kad NFC ni kan? Istimewanya kali ini, telefon pintar HONOR 70 dan kad NFC ini didatangkan khas dengan gift box edisi terhad tau!

Haa..kalau korang beli gift box edisi terhad ni, korang akan dapat telefon pintar HONOR 70 (Icelandic Frost), kad NFC Enhanced Touch ‘n Go, Touch ‘n Go RFID dan sarung pelindung bersama pemegang kad. Bestnya!

Siapa sangka, dengan RM1,999 korang layak dapat semua ni. Eh, bukan itu je, dengan setiap pembelian, korang juga berpeluang untuk dapat hadiah tambahan iaitu HONOR Band 6 berserta 1 tahun waranti dan banyak lagi hadiah menarik!

Buat yang berminat, bermula 28 Oktober ini, korang dah boleh buat pembelian di Kedai HONOR, kedai pengedar sah terpilih, laman web rasmi HIHONOR.COM, Kedai Rasmi Shopee dan Lazada.

Jadi, apa tunggu lagi? Stok adalah terhad tau, siapa cepat dia dapat!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web HONOR.

SKIP THIS AD ×