berita

‘Kadang-Kadang Kita Terlepas Pandang, Ini Pengajaran Untuk Lebih Berhati-Hati’ – Nad Zainal

March 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak minggu lalu, kontroversi panas yang melibatkan pelakon Zul Ariffin menjadi bualan ramai malah telah membuka mata semua pihak. Ada rakan artis yang mengecam namun ada juga mengambil itu sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati.

Artikel Berkaitan: ‘Motif Keluarkan ‘Footage’ Yang Belum Disunting Untuk Viral?’ – Umie Aida Dedah Erma Fatima Risau Tengok Babak ‘Panas’ Zul Ariffin

Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Hadir Ke SKMM, Dua Jam Bagi Kenyataan

Komen pasal babak panas

Bagi aktres Nad Zainal, 32, dia menyatakan berkemungkinan Zul terlampau teruja untuk berkongsi bahan promosi sehinggakan ‘terlepas’ content sensitif.

Kata pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, dia menjadikan insiden itu sebagai peringatan agar lebih berhati-hati selepas ini.

Kadang-kadang kita terlepas pandang, apa yang kawan-kawan kita buat mungkin rasa keterujaan mereka nak share.

Cuma bila kita terlalu excited sampai lupa bahawa ada perasaan yang kita perlu jaga. Ini pengajaran kepada kami juga untuk lebih berhati-hati.

Nad ditemui ketika Majlis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc Kuala Lumpur pada Rabu.

Ikut apa saja yang diberi

Dalam pada itu, pelakon drama Dendam Seorang Isteri turut diaju soalan sama ada dia akan memilih babak lakonan sebelum dikongsikan kepada umum.

Jawab Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014, dia akan menuruti arahan pihak berkaitan kerana yakin sudah diteliti semua kandungan.

Saya mengikut apa saja yang pihak produksi atau stesen yang bagi. Bila dah dapat kelulusan, kami akan post mengikut jadual yang telah diberikan. Saya akan mengikut sahaja. Saya yakin mereka dah teliti terlebih dahulu.

Pada Jumaat lalu, media sosial digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan beberapa babak panas lakonan Zul bersama pendatang baru, Siti Hariesa.

Selepas teruk dikecam netizen, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 tampil membuat permohonan maaf di Instagram Stories pada Isnin.

Anak kelahiran Taiping, Perak itu juga telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada Selasa.

Sumber: Instagram @nad.zainal

SKIP THIS AD ×