Kontroversi yang membabitkan aktor popular Zul Ariffin dan pelakon baru Siti Hariesa masih rancak diperkatakan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Motif Keluarkan ‘Footage’ Yang Belum Disunting Untuk Viral?’ – Umie Aida Dedah Erma Fatima Risau Tengok Babak ‘Panas’ Zul Ariffin
Artikel Berkaitan: ‘Proses Undang-Undang Berjalan, Zul Ariffin Akan Disiasat’ – Menteri
Hadir ke SKMM
Hari ini, Zul dilihat hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya.
Difahamkan, kehadiran Zul, 35, adalah untuk memberi kenyataan berhubung tindakannya memuat naik video babak panas dalam drama Perempuan Itu lakonannya bersama pelakon baru, Siti Hariesa di Instagram, baru-baru ini.
Dua jam bagi kenyataan
Menurut sumber, Zul yang hadir bersama beberapa individu dilihat berada di situ sejak jam 10 pagi.
Bagaimanapun, Zul meninggalkan bangunan itu kira-kira jam 12.30 petang.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan pelakon filem Sangkar itu akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998.
Pada Jumaat lalu, media sosial digemparkan dengan sebuah video yang memaparkan beberapa babak panas lakonan Zul bersama Siti Hariesa.
Selepas teruk dikecam netizen, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 tampil membuat permohonan maaf di Instagram Stories pada Isnin.
Sumber: Harian Metro