Kecoh diperkatakan di media sosial selepas aktor Zul Ariffin memuat naik video memaparkan beberapa babak panas bersama pelakon baru Siti Hariesa di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: TV3 Nafi Adegan ‘Panas’ Zul Ariffin Dapat Kelulusan
Erma dah risau dari awal
Menerusi Instagram (IG), pelakon Datin Seri Umie Aida mendedahkan kakaknya, pengarah Erma Fatima sudah perasan dari awal lagi dengan babak ‘daring’ yang sama sekali tidak sesuai untuk dipertontonkan.
Dedah Umie, Erma meluahkan rasa kebimbangan selepas melihat adegan panas yang kini menjadi bualan ramai.
Hmm, baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sedikit pasal isu ini. Dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya dia, bila menonton footage cerita ini.
Dia kata mereka shoot sangat daring. Saya pesan awak sebagai penerbit kena tegas dan info mereka shoot atas landasan yang dibenarkan.
Kongsi babak ‘panas’ untuk viral
Katanya, dia agak terkilan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab berkongsi ‘footage’ yang tidak ingin diguna pakai oleh Erma.
Dan lebih mengecewakan, bila ada pihak yang sanggup mengeluarkan footage (yang Erma nak buang) dari penyunting tanpa keizinan pihak penerbit dan memuat naik di IG.
Motif keluarkan footage yang belum disunting dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk ‘tular’?
Dan saya sempat melihat perkongsian dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kepada Erma… apa cerita kau orang buat ini.. gila ke?
Sementara itu, pemilik nama Umi Khalsum Rahmad Ali menginginkan pihak berkenaan tampil ke depan dan menjelaskan situasi sebenar.
Tegasnya, pelakon juga berhak untuk menolak adegan yang di luar kewarasan dan harapnya kejadian ini dijadikan pengajaran.
Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus ke depan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai tahap begitu?
Sayangnya bila ada pihak tidak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang
dibenarkan.Antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza. Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau penerbit.
Dan sebagai pelakon wajar tolak lakon layar yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua.
Biarpun video terbabit sudah dipadam dari IG, babak mengghairahkan itu sudah tular di semua platform media sosial. Susulan isu itu, TV3 telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada malam Sabtu.
Sumber: Instagram @umieaida9