berita

‘Kadangkala Agak Sukar Untuk Saya Faham…’ – Neelofa Berbalas IG Story Dengan PU Riz?

December 28th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, nama pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dia didakwa sudah pun bernikah dengan tunangnya, PU Riz di Kelantan tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain.

Artikel Berkaitan: ‘Allah Akan Selesaikan Segalanya Dengan Cara Yang Kita Tak Pernah Bayangkan’ – PU Riz

Susulan daripada itu, Neelofa telah membuka mulut dan menafikan segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya. Malah dia menganggap ianya merupakan satu fitnah yang tidak berasas.

Kapsyen ringkas Neelofa

Terbaru, Neelofa sekali lagi telah memuatnaik satu status di IG Story miliknya dengan nota ringkas yang terkandung ‘kata-kata mutiara’. Dalam status tersebut, ianya seakan menunjukkan bahawa dirinya sukar untuk memahami apa yang terjadi tetapi dia percaya dan yakin bahawa Allah SWT pasti akan memberikan yang terbaik buatnya.

Dear Allah, sometimes it’s hard to understand what you really want to happen. But I trust you. I know you will give me what’s the best.

Malah, kapsyen yang dikongsikan oleh Neelofa itu seolah-olah sedang membalas status yang telah dimuatnaik oleh PU Riz di i IG Story miliknya itu. Walau bagaimanapun, sehingga kini Neelofa dan PU Riz masih belum membuka mulut mengenai status sebenar hubungan mereka.

Sumber: Neelofa

SKIP THIS AD ×