berita

‘Kadangkala Rasa Masin’ – Elak Kanser, Wanita ‘Ketagih’ Minum Air Kencing, Siap Cuci Muka & Jadikan Losyen!

November 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: The Sun

Pelik tapi benar! Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan tindakan seorang wanita dari Amerika Syarikat ini apabila dia sanggup meminum air kencingnya sendiri semata-mata mahu mengelakkan kansernya daripada terus merebak.

Percaya minum air kencing sembuhkan kanser

Foto: The Sun

Memetik laporan Asiaone, wanita yang dikenali dengan nama Carrie berusia 53 tahun ini percaya bahawa dia akan mati disebabkan penyakit kanser sekiranya dia berhenti meminum air kencing sendiri. Oleh hal demikian, dia sanggup meminum air kencing yang juga disifatkan sebagai minuman keras itu sebanyak lima kali sehari.

Menerusi temubual bersama TLC Discovery Channel, Carrie bukan sahaja meminum malah menggunakan air kencingnya itu ketika mandi termasuklah untuk menggosok gigi supaya kekal putih, mencuci muka dan rambut. Dia percaya air kencing yang disimpan selama seminggu amat berkesan untuk digunakan sebagai losyen yang boleh melembapkan dan menganjalkan kulitnya. Tidak terhenti di situ, wanita bergelar ibu ini turut membasuh bola matanya menggunakan air kencing.

Air kencing saya berbau bergantung pada apa yang saya makan, rasa hari ini agak berbeza berbanding empat tahun lalu. Kadang-kadang ia masin, kadang-kadang rasanya seperti champagne.

Saya suka makan asparagus tapi saya kini tidak makannya lagi kerana ia membuatkan rasa air kencing saya busuk.

‘Ubat yang sempurna untuk badan’

Foto: The Sun

Difahamkan, tabiat tersebut bermula sejak empat tahun yang lalu selepas dia didiagnosis menghidap penyakit melanoma, iaitu sejenis kanser kulit. Doktor memaklumkan Carrie hanya mampu bertahan selama satu tahun sahaja walaupun dia melakukan kemoterapi. Oleh itu, Carrie membuat keputusan untuk menolak dunia perubatan dan menjadi ‘doktor’ untuk dirinya sendiri.

Kali pertama saya minum air kencing, saya tidak muntah dan ia tidak seteruk yang disangka. Ia adalah ubat yang sempurna untuk tubuh badan kita.

Sejak mengamalkan pengambilan air kencing, Carrie mengaku sudah lama tidak berjumpa doktor namun keadaan kesihatannya bertambah baik selain percaya ianya mampu menjadi terapi penyakit kanser yang dihidapnya. Bagaimanapun, tiada kajian perubatan yang membuktikan bahawa air kencing mampu menghalang, merawat atau menyembuhkan kanser.

Sumber: Asiaone

SKIP THIS AD ×