berita

Kadar Zakat & Kaedah Pembayaran Sepanjang Tempoh PKP

April 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kewangan & Pelaburan

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dari Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan jawapan kepada setiap persoalan daripada masyarakat berhubung pelaksanaan kutipan zakat fitrah bagi tahun ini. Memandangkan bulan Ramadan bakal menjelma lagi beberapa hari, kutipan zakat fitrah pada tahun ini akan mengalami sedikit perubahan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kadar zakat dan kaedah pembayaran

1. Johor

Kadar zakat: RM7.00, RM10.00

Kaedah pembayaran: Terdapat tiga kaedah pembayaran dalam talian iaitu melalui bayaran zakat fitrah melalui Zakat Johor Online Payment (http://www.epayment.maij.gov.my), Portal Johor Online Payment (JOP), https://onlinepayment.johor.gov.my) dan Portal SNAP N PAY Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

2. Kedah

Kadar zakat: RM5.00, RM7.00, RM14.00, RM21.00

Kaedah pembayaran: Korang boleh membuat bayaran zakat secara atas talian melalui laman web https://jom.zakatkedah.com.my, Laman sesawang Asnaf Care, https://asnafcare.com.my/; dan Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) http://bit/ly/zotkdh

3. Kelantan

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Di Kelantan, terdapat amil fitrah yang dilantik dan korang boleh membayar melalui https://zakat.e-maik.my/

4. Melaka

Kadar zakat: RM7.00, RM14.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan dua kaedah pembayaran iaitu QRPay Bank Muamalat dan laman sesawang izakat.com

5. Negeri Sembilan

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan 4 kaedah pembayaran iaitu Aplikasi ZakatN9, Aplikasi SnapNPay, JomPAY dan www.zakatns2u.biz

6. Pahang

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/

7. Perak

Kadar zakat: RM7.00, RM14.00, RM21.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dibuat melalui QRPayMaybank, Aplikasi SnapNPay dan GopayZ serta bayaran atas talian melalui www.maiamp.gov.my

8. Perlis

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran atas talian melalui Aplikasi SnapNPay

9. Pulau Pinang

Kadar zakat: RM7.00, RM16.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran atas talian seperti Aplikasi SnapNPay, JomPAY,QR Code, FPX dan GopayZ

10. Selangor

Kadar zakat: RM7.00, RM14.00, RM21.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran atas talian melalui portal eZakatPay di https://fpx.zakatselangor.com.my/; dan aplikasi GopayZ, Boost, QR Code, Ejen-ejen bank, Portal MyEG dan Pos Online

11. Terengganu

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dilakukan melalui aplikasi SnapNPay dan http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/

12. Sabah

Kadar zakat: RM6.00, RM7.50

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dilakukan di Portal MyEG, Ejen-ejen Bank dan aplikasi SnapNPay

13. Sarawak

Kadar zakat: RM7.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dilakukan di Portal MyEG, aplikasi SnapNPay, Maybank2U, aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak dan Portal Pelanggan TBS

14. Wilayah Persekutuan

Kadar zakat: RM5.00, RM7.00

Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran atasa talian melalui portal PPZ fitrah.zakat.com.my, ejen-ejen bank, PayHalal, Portal MyEG, U-Mobile dan Pos Online

Jika tidak mahir teknologi

1. Mengapakah kadar zakat fitrah antara negeri-negeri di Malaysia tidak selaras?

Asal kewajipan zakat fitrah sebagaimana yang dinukilkan dalam perbahasan fiqh adalah makanan ruji masyarakat setempat. Di Malaysia, ia dinilaikan dengan beras yang menyamai sukatan segantang beras. Ringkasnya, perbezaan kadar zakat fitrah adalah disebabkan oleh jenis beras yang menjadi makanan ruji di sesebuah negeri berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pihak MAIN dan AMZ serta maklumat
dari pemborong.

2. Apakah pilihan kaedah pembayaran bagi mereka yang tidak mahir menggunakan teknologi atau tidak mempunyai capaian internet?

Perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir kesemua MAIN dan AMZ, namun ia akan dilaksanakan pada tahap yang minimum. Mekanisme pelaksanaan ini akan diselaras sewajarnya sesuai dengan PKP yang sedang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, bagi negeri yang tidak menyediakan perkhidmatan bayaran fitrah melalui amil maka para pembayar perlulah merujuk pihak MAIN dan AMZ selaku pihak berkuasa agama negeri.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×