Memang perkara biasa kalau dah terlanggar kereta orang tu kita akan bayar ganti rugi atau pun buat polis report kan? Iya lah, kadang-kadang benda macam tu memang tak boleh elak. Malang tidak berbau!
Menerusi Facebook Dr Aniah, wanita tersebut berkongsi kisah kemalangannya. Apa yang menarik kisah doktor ini, pemilik kereta yang dilanggar olehnya itu tidak marah dan seakan memahami situasi dirinya pada ketika itu.
Terlibat dalam kemalangan kecil
Menurut Dr Aniah, dia terlibat dalam sebuah kemalangan kecil berhampiran kawasan rumahnya pada hari pertama Ramadan iaitu Isnin lalu. Kereta yang dipandu olehnya itu, terlanggar kereta seorang wanita yang dikenali sebagai Dr Loges. Mereka berhenti di kawasan yang kurang sesak untuk melihat keadaan kereta dan memperkenalkan diri masig-masing. Dr Loges bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dalam kejadian itu, dia turut mengaku terlelap sedikit semasa memandu dan meminta maaf kepada wanita tersebut. Ternyata wanita itu begitu memahami situasinya, memandangkan ianya hari pertama Ramadan. Wanita itu siap memintanya untuk pulang terlebih dahulu ke rumah untuk bebruka puasa. Tambahnya, laporan polis boleh dibuat pada waktu lain.
Saya ingat dia akan marah
Saya jangkakan situasi ini bakal menyebakan saya ditengking atau dimarahi, tapi respon sebaliknya pula yang diterima. Melalui kejadian tersebut, mereka kini menjadi sahabat baik. Mengambil pelajaran daripada kejadian itu, Dr Aniah berpesan kepada dirinya dan orang ramai supaya berehat atau tidur secukupnya sebelum memandu.
Foto kemalangan
Keadaan kereta mereka berdua selepas kemalangan.
Reaksi netizen
Netizen memuji sikap Dr Loges yang begitu baik dan faham situasi orang lain. Dr Loges juga mengucapkan jutaan terima kasih buat Dr Aniah kerana menulis cerita mengenai dirinya.
Sumber: Dr Aniah