Sehingga hari ini, pengarah sensasi Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana masih saling bergaduhan di media sosial dan nampak gayanya belum ada titik noktah.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Minta Mohd Syamsul Lepaskan Kerana Tidak Rela Dimadu’ – Puteri Sarah Liyana
Artikel Berkaitan: ‘Malunya Syaikhul & Sumayyah Dapat Ayah Macam Ini’ – Puteri Sarah Liyana
Tak ikut cakap orang luar
Susulan permintaan Puteri Sarah untuk bercerai di Instagram (IG) miliknya semalam, Syamsul mengakui kesilapannya dan ingin berbincang tanpa melibatkan orang luar.
Hentikan Puteri Sarah. Okay saya salah, atau awak tak salah… Kita balik bincang di rumah. Apa saja isu, lebih baik bincang di rumah saja. Saya tak sempurna. Saya cuba untuk perbaiki.
Pelakon berumur 38 tahun menegaskan kehidupan rumah tangganya hanya dirinya, isteri pertama dan Allah SWT sahaja yang tahu. Katanya, dia enggan mendengar cakap daripada orang luar sebaliknya hanya menuruti suruhan Allah SWT.
Dulu saya selalu dengar nasihat mengenai jangan campur urusan rumah tangga orang. Baru sekarang saya faham kenapa. Ini urusan rumah tangga yang kamu semua tak tahu.
Ada ustaz kata begini, ada individu yang kata begitu. Namun, saya tak nak dengar pun cakap orang itu ini kerana yang tahu mengenai rumah tangga saya hanya saya, Puteri Sarah dan Allah.
Saya perlu ikut apa yang Allah cakap. Nak kata saya munafik, terpulanglah. Saya tak cakap saya sempurna. Tak mengapalah, pintu taubat Allah sentiasa terbuka, sampai bila kita hendak terus bergaduh dan mengaib-aibkan.
Ikut hukum Allah
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata keputusan untuk berkahwin dengan Ira Kazar dibuat bagi mengelakkan maksiat di samping menuruti perintah Allah SWT.
Saya hanya nak dengar apa yang Allah suruh. Berkahwinlah kamu untuk mengelakkan maksiat. Itulah yang saya buat. Biarpun macam-macam saya dilabel, ada yang kata saya munafik, bapa syaitan dan sebagainya.
Rasanya masyarakat lebih rela tengok kita buat maksiat daripada ikut hukum Allah. Renung-renungkan.
Doakan yang terbaik. Cukup-cukuplah. Kalau nak kutuk sekali pun, hinalah saya.
Saya yang buat keputusan nak berkahwin. Saya ikut hukum, bukan ikut apa yang makcik-makcik luar katakan. Saya yang bertanggungjawab atas semua.
Pada Jumaat petang minggu lalu, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.
Terdahulu, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.
Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm