Foto: Siti Aishah
Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan salah satu momen sedih yang terpaksa diterima walaupun pahit untuk ditelan. Lagi menyedihkan, apabila ikatan cinta yang terjalin selama ini terputus dan anak-anak sama sekali tidak mendapat kasih seorang bapa.
Seperti video perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Siti Aishah, berusia 22 tahun, menceritakan pengalamannya menjadi ibu tunggal apabila dia telah ditinggalkan oleh suaminya. Tidak berakhir di situ, video tersebut juga telah trending dan ditonton hampir 200 ribu oleh pengguna laman TikTok.
Tabah membesarkan anak-anak
Foto: Siti Aishah
Kisahnya bermula, apabila wanita ini mula mendirikan rumah tangga ketika dia baru sahaja berusia 14 tahun. Pada masa yang sama dia turut menjelaskan dia sudah melakukan prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah bagi membenarkan dia berkahwin pada usia tersebut.
Hasil perkahwinan tersebut, dia dan suami dikurniakan putera sulung ketika dia baru sahaja berusia 15 tahun, dan selepas dua tahun dia sekali lagi dikurniakan puteri sulung ketika berusia 17 tahun. Kalau 17 tahun ni, tengah tunggu giliran nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Namun, jodohnya tidak berpanjangan dengan suaminya dan terpaksa membesarkan kedua-dua anaknya tanpa kehadiran suami yang sepatutnya menjadi tulang belakang di sisi. Pada masa yang sama, wanita ini turut menceritakan anak sulungnya sempat berjumpa dengan ayahnya.
Apa yang lebih menyedihkan apabila anak keduanya sama sekali tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan ayah kandungnya sendiri. Hal ini demikian kerana, si ibu telah diceraikan oleh si suami ketika dia sedang sarat mengandung tujuh bulan anak keduanya. Walaupun kedua-dua anaknya semakin membesar sehingga ke harini, mereka tidak lagi berjumpa dengan ayah mereka sendiri.
Harta ibu dunia akhirat.
Demi anak-anak tersayang
@sitiaisahishakIbu sentiasa senyum dan kuat demi ank2 ibu walau pun ap3 dugaan yg Datang ???? bunyi asal – hiawok?
Semoga terus kuat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini bersama kedua-dua anaknya. Pada masa yang sama, warganet turut mendoakan supaya si ibu terus kuat menjalani hari-hari yang mendatang.
Sumber: Siti Aishah