
Pelakon, Ashraf Muslim menasihatkan individu yang berhasrat mendirikan rumah tangga supaya melakukannya kerana Allah SWT, bukan semata-mata atas dasar cinta terhadap pasangan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Jadikan Media Sosial Sebagai Platform Selesaikan Masalah’ – Ashraf Muslim
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ashraf Muslim Akui Tiada Masalah Buat Keputusan Raya Bersama Dua Isteri – ‘Ikut Giliran, Raya Kan Sebulan’
Niat kahwin

Ashraf, 44, berkata, niat yang betul amat penting kerana membantu pasangan yang bakal berkahwin menetapkan hala tuju hidup yang jelas dan bermakna selepas berumah tangga.
Setiap kali solat, apa perkara pertama yang kita buat? Niat kerana Allah SWT, begitu juga kalau nak kahwin.
Kalau kahwin sebab nak elak zina, rumah tangga bahagia, cinta atau sayang, itu semua jawapan klise. Kalau siapa bagi jawapan itu, saya akan beritahu mereka tak bersedia untuk kahwin.
Kalau nak kahwin, kerana Allah sebab automatik akan tahu tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Perlu ada niat yang betul, sangat ‘simple’ tetapi hakikatnya maknanya sangat mendalam.
Ashraf berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Thariq Ridzuwan: His Treasure dan Mandul Bukan Pilihan yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Allah rahmati rumah tangga

Tambah Ashraf, apabila niat sudah betul, Allah akan permudahkan segala urusan sepanjang melayari bahtera perkahwinan dan mahligai yang dibina mendapat rahmat.
Sebab ramai orang muda sekarang kahwin kemudian cerai sebab tak fikir benda itu di peringkat awal.
Perkahwinan indah bila Tuhan beri macam-macam aspek dalam kehidupan berumah tangga. Kalau ikut apa yang saya cakap tadi, pasti akan ada nikmat perkahwinan. Semuanya perlu dilakukan kerana Allah.
Dalam pada itu, bapa kepada lima cahaya mata ini mengakui ramai yang datang kepadanya meminta pandangan dan nasihat berkaitan rumah tangga.
Ramai juga yang tanya dan minta pandangan, saya bukan ustaz tetapi kita semua sama, melalui proses kehidupan.. saya belajar dan praktik ilmu termasuk hal rumah tangga.
Kalau nak nikmat, kena ada pengorbanan. Bila sudah kahwin nak dapatkan kebahagiaan, kena korbankan apa yang mereka suka.
Suami kalau nak masuk syurga, kena pastikan isteri dia masuk syurga. Sementara isteri, kena bantu suami kalau dia nak masuk syurga.
Suami dan isteri perlu lakukan tugas yang sepatutnya dalam rumah tangga. Jangan sibuk hal orang lain. Kalau nak masuk syurga, jaga puasa, solat, aurat dan patuh kepada suami.








