berita

‘Kahwin Rasa Macam Tak Kahwin, Wife Tak Pernah Lekat Rumah!’ – Suami Beristerikan Doktor Mengeluh Kecewa

May 2nd, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Tidak dinafikan pekerjaan seorang doktor memerlukan komitmen sangat tinggi. Ada yang terpaksa meninggalkan suami atau isteri bersama anak-anak di rumah. Namun sebagai pasangan, kita seharusnya bertolak ansur dan memahami kerjaya mereka. Betul tak?

Seperti luahan suami ini yang tidak tahan apabila isterinya sentiasa sibuk bekerja. Luahan ini mendapat kritikan orang ramai yang rata-ratanya beranggapan lelaki ini kurang matang. Apa pendapat korang?

Kahwin macam rasa tak kahwin..

(sekadar gambar hiasan)

Assalam semua,

Saya suami baru kawin 8 bulan, umur baru 26, isteri 26. Saya kerja cikgu jaaa wife saya doktor. Baru setahun kerja. Saya nak mengeluh sikit ja la, kadang-kadang kawin ni rasa macam tak kawin min, wife tak penah lekat kat rumah, macam harini hari buruh wife keja jugak, jumaat sabtu dia keja.

Time saya kerja dia cuti, cuti dia sehari sminggu, bayangkan la terseksanya saya macam mana? Kalau takdir, dia request cuti boleh sama dengan saya, dia mostly akan tidur ja shari. Kalau dia tak letih, dia ajak balik umah mak dia. Malas gaduh, saya ikut ja la.

Rasa sunyi isteri doktor asyik sibuk

(sekadar gambar hiasan)

Tak kira lagi kalau dia oncall, tidoq la saya kat rumah sorang-sorang peluk bantal peluk. Sunyi tau. Saya rasa dia macam tak bagi keutamaan pada saya la. Teringin jugak nak merasa macam orang lain, balik keja ada isteri sedia teh, kuih, boleh minum lepas penat keja. Ingat tak penat ke kerja cikgu kena kawal budak darjah 2, buaih dia ya Allaahhhhh.

Makan pun banyak beli luaq ja, sepanjang 8 bulan kawin, 3 kali ja dia msuk dapur. Jarang boleh rasa air tangan isteri. Paihtu saya cemburu jugak bila tegok dia selalu aktif dalam group doktor dia. Waktu cuti tu cuti la, lupa la sat pasal pesakit tu. Suami ni dok sakit hati ada dia kisah? Bila dia chat lama kat fon, bila saya tanya dia cerita la pasal kes dia kat hospital.

Sampai bila nak jadi macam ni?

(sekadar gambar hiasan)

Cemuih la dengar, saya tak minat benda-benda nerd ni. Dalam group tu campoq laki pompuan, memang bebas pergaulan. Tu yang depan mata saya, kat hospital tu tak tau la. Time oncall tu lagi la risau, tak mau la tuduh macam macam tapi saya tau dia oncall dengan doktor laki. B@bi ja kot tak cemburu. Benda ni saya simpan lama dah.

Orang yang sabar ni kalau sekali dia meletup memang bahaya. Sejak kawin, saya tolong tau buat keja rumah, basuh baju, sidai kain semua la sebab kesian kat dia. La ni 2 minggu dah saya tak buat apa . Tu bukan keja saya dan klau saya tak buat pun dia takkan perasan dan peduli. Sampai bila nak jadi macam ni, nnti kalau ada anak pun nak saya menyusu ke?

Sumber : Suami isteri,keluarga bahagia

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×