berita

Kajian US Mendapati 50 Peratus Penduduk Tidak Tukar Pakaian Dalam, Pakai Lebih Dari Seminggu

August 19th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Menjaga kebersihan merupakan satu amalan penting dalam kehidupan harian kita. Selain kebersihan diri, kebersihan persekitaran, kebersihan pakaian juga merupakan aspek yang penting yang perlu dijaga oleh setiap individu. Namun lain pula ceritanya apabila satu kajian mendapati 50 peratus dari penduduk Amerika Syarikat tidak menukar pakaian dalam mereka pada setiap hari.

Menerusi Mail Online, satu kajian telah dibuat oleh pengeluar pakaian dalam jenama Tommy John mendedahkan bahawa sebanyak 45 peratus daripada penduduk Amerika Syarikat memakai sepasang seluar dalam yang sama selama dua hari atau lebih.

Seminggu pakai pakaian dalam yang sama

Kajian tersebut dilakukan terhadap 1000 orang warga Amerika dan telah mendapati 13 peratus daripada responden mengaku bahawa mereka memakai seluar dalam yang sama hampir seminggu dan ada yang lebih lama daripada itu.

Menurut kajian itu juga, lelaki 2.5 kali ganda lebih cenderung memakai seluar dalam selama seminggu berbanding wanita. Lebih mengejutkan apabila 46 peratus daripada responden turut mengaku memiliki set pakaian dalam yang sama selama setahun.

Membawa kepada jangkitan yis

Seorang wakil daripada Tommy John mengatakan keputusan kajian yang dilakukan adalah sama adil bagi lelaki dan wanita.

Keputusan ini dibahagikan sama rata antara lelaki dan wanita. Hanya terdapat sedikit perbezaan sekaligus telah menolak teori bahawa wanita mempunyai lebih kesedaran tentang kebersihan daripada lelaki atau sebaliknya.

Sementara itu, syarikat juga turut menyarankan supaya pakaian dalam ditukar setiap tempoh enam bulan hingga satu tahun. Hal ini kerana, pakaian dalam yang lama mengumpul mikrorganisma dan kulat yang boleh membawa kepada jangkitan yis dan jangkitan saluran kencing.

Menurut kajian UK yang pernah dilakukan pada tahun 2017, 83 peratus daripada pakaian dalam yang bersih telah mengandungi 10 000 bakteria hidup yang kebanyakkannya berasal dari mesin basuh yang kurang bersih.

Selain itu, satu lagi kajian atas talian telah dilakukan oleh Mulberry’s Cleaners pada tahun 2017 menunjukkan 18 peratus lelaki dan 10.5 peratus wanita di UK tidak mencuci seluar dalam mereka sama sekali.

Cara mencuci pakaian dalam

Tommy John juga turut menyarankan langkah-langkah mencuci pakaian dalam.

  1. Keringkan pakaian dalam anda dengan suhu yang rendah selama 30 minit selepas dibasuh.
  2. Jangan campurkan pakaian dalam dengan beban yang sama dengan anak anda jika mereka sakit.
  3. Elakkan mencampur pakaian yang kotor dengan pakaian yang lain.
  4. Cuci pakaian dalam anda secara berasingan daripada pakaian yang mengandungi cecair badan lain.
  5. Jika ada pakaian anda yang bernoda atau kotor, lebih baik untuk mencuci secara berasingan dari pakaian dalam anda.

Sumber: Mail Online

SKIP THIS AD ×