berita

“Kak, Ambil Ler Satu. Saya Sedekah”- Kisah Sayu Survival Pemuda OKU Ini Buat Kami Tersentak

October 7th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

OKU

Pertama kali membaca kisah mengenai seorang Orang Kurang Upaya (OKU) ini di laman sosial, serta-merta hati kami tersentuh dan rasanya tidak salah untuk kami turut ‘membuka mata’ anda semua juga.

Walaupun bergelar OKU, pemuda ini bijak menggunakan kurniaan ALLAH SWT yang ada untuk meneruskan survival hidup. Jika Syakirin ini mampu, mengapa tidak anda yang sempurna juga harus lebih bertungkus-lumus mencari rezeki yang halal kan?

 

Screen Shot 2015-10-06 at 10.25.04 PM

 

HEBAT LELAKI INI..Nama dia Syakirin…

Dia adalah OKU…Aku kenal dia..sebab di duduk dekat dengan kawasan aku tinggal.. Masuk ajer dlm LRT..dia duduk di hadapanku..

Dengan slamber dia menyapa…
“Kak..saya jual roti kak..sedap..jiran saya buat..tengok ler kak..”
Aku tersipu malu sambil mengambil 1 dan membayar..
Syakirin berkata..sambil mengira “akak ni ada lebih duit ni..” aku kata..”simpan..jangan hilangkan..”

Happy aku sebab aku dpt roti..dan aku dapat menggembirakan..dia…bila bertanya..nak jual ke mana semua roti ni..?? Dia kata KL Sentral.. Masuk seorang kakak..ditegurnya..tapi dengan muka masam..kakak itu melayan memilih roti yang dijual..kakak tu..bayar RM10 dan tanpa berkata apa2..dia membuat isyarat tangan..sahaja..(ambil semua) …tapi..aku salute..dia bersedekah tanpa senyuman..tetapi.

Gembira Syakirin menunjukkan kepada aku ..”kakak ni..kasi saya duit…” Aku sokong dia sebab dia berjaya menjual 2 roti dengan jayanya..dtg pula..2 orang pelajar wanita…yang lengkap berpakaian..purdah.. Tanpa membeli..terus dia bersedekah sedikit duit seperti..rm2 kepada Syakirin..

Dengan slamber Syakirin..senyum..Kak..ambil ler satu..saya sedekah.. Sambil menolak dan tersipu malu..kakak terpaksa ambil juga..sebab Kata Syakirin..Ambil ler kak..saya ikhlas sedekah..kalau orang lain memang nak..HEBAT LELAKI ini..

Aku melihat kehebatan dia sambil malu pada diri sendiri..DIA Pandai berkata..penuh dengan sedekah..dan Tidak putus asa..dalam mencari rezeki..

AKU BANGGA DENGAN SYAKIRIN..So..aku percaya..selagi aku ada MULUT..LENGKAP Anggota badanku..aku boleh buat lagi HEBAT dari Syakirin…

TIADA ALASAN untuk kita mengeluh dengan kemiskinan..SYUKUR ALLAH..Berikan kekuatan kepada Anak OKU ini..menghabiskan jualannya..

3 perkara yang aku nak share.
-Rezeki datang dari ALLAH
-Pandai guna Peluang..Kita akan BERJAYA
-JGN letak kekurangan diri sebagai HALANGAN dihadapan ALASAN.
TERUSkan berjuang SYAKIRIN..

So, lepasni rasanya kita haruslah lebih berkerja kuat daripada terus mengomel akan kesusahan diri kan? Kerana realitinya, ramai insan yang lagi susah dan kurang berkeupayaan tapi mampu mencari jalan survival mereka!

Sumber: Raja Norli Akma

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×