Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM berkongsi tips untuk sentiasa dimurahkan rezeki.
Artikel berkaitan: ‘Aku Cukup Benci Bila Dalam Masalah Orang Cakap Sabarlah’ – Kak KM
Artikel berkaitan: [VIDEO] Dipuji Cantik Macam Bidadari Syurga, Kak KM Dedah Bakal Tunai Umrah 7 Julai Ini
Perlu utamakan ibu
Menerusi perkongsian di TikTok, Kak KM berkata, perkara yang paling penting perlu dilakukan adalah untuk mengutamakan ibu terlebih dahulu.
Menurutnya, dia tidak pernah culas berkongsi rezeki yang diterima dengan ibunya meskipun tidak banyak.
Alhamdulillah pertama sekali kau kena baik dengan orang tua. Kalau kau dah tak ada orang tua, banyak-banyakkan berdoa tapi sebenarnya doa mak itu yang penting.
Kita ada duit ke, tak ada duit ke, mak tak boleh kita dilupakan. Waktu saya dulu jadi suri rumah, waktu kerja di Maybank gaji seribu lebih tapi peruntukan untuk mak itu ada.
Kalau tak cukup sampai hujung bulan nak makan tak ada duit, itu nombor dua. Aku tak fikir pasal aku. Masuk saja gaji terus bank-in mak punya duit dulu. Itu kuncinya.
Dalam pada itu, Kak KM turut berpesan untuk melakukan perkara tersebut secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
Apa-apa hal kau kena baik dengan mak kau dulu tapi buat tu biar ikhlas. Waktu aku buat tu tak ada pun aku rasa ni kalau aku bagi mak ni ‘Tuhan tolong lah beri aku rezeki lagi’ tak ada.
Kita buat kebaikan tanpa memikirkan habuan itu datang semula. Jangan macam itu nanti tak ikhlas.
Sumber: TikTok