berita

Kaka Azraff Sah Ditamatkan Kontrak Warner Music – ‘Berbakat Tapi Malangnya Terpaksa Berpisah’

December 6th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

kaka azraff palestin

Susulan kelantangan penyanyi Kaka Azraff mengenai isu Palestin, syarikat rakaman, Warner Music akhirnya bersuara dan memberi penjelasan.

Artikel Berkaitan: ‘Ini Soal Akidah & Iman, Kaka Tak Perlu Risau Kalau Kontrak Ditamatkan’ – Alif Satar

Artikel Berkaitan: Tak Gentar Pertahankan Palestin, Kaka Azraff ‘Kunci Mulut’ Selepas Diserang Penyokong Israel 

Sokong hak kebebasan bersuara

Kaka Azraff

Berdasarkan kenyataan yang dihantar kepada OhBulan!, Warner Music mengesahkan dakwaan penamatan kontrak Kaka yang menjadi artis naungan label itu.

Menurut wakil daripada Warner Music, keputusan itu dibuat disebabkan penggunaan bahasa tertentu yang digunakan pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff  dalam mesej langsung (DM) yang dipaparkan dalam talian.

Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian.

Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa, atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama.

Bagaimanapun, pihak Warner Music tidak mendedahkan terperinci bila tarikh kontrak itu ditamatkan.

israel komen

Sebelum ini, timbul dakwaan Kaka bakal digugurkan daripada kontrak namun ibu kepada tiga cahaya mata ini meminta ruang dan masa sebelum memberi penjelasan kepada pihak media.

Pelantun lagu Gila itu telah diserang oleh kumpulan penyokong dipercayai dari Israel yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana solidariti Kaka terhadap saudara seagama di Gaza.

Penyanyi berusia 33 tahun ini turut disenaraikan dalam ‘Jew Hate Database’ menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG) milik akaun @jewhatedb.

SKIP THIS AD ×