berita

Kaka Azraff Selamat Timang Anak Ketiga!

June 19th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Penyanyi Kaka Azraff selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 6:03 pagi tadi di sebuah pusat perubatan. Dimaklumkan, Kaka dan bayinya dalam keadaan baik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kaka Azraff Buat Kejutan Kongsi ‘Baby Bump’, Peminat Tak Percaya Bakal Timang Anak Ketiga

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kaka Azraff Buat Surprise Untuk Isteri Tercinta. Bersemut Weyh!

Artikel Berkaitan: Tarikh Cun! Kaka Azraff Selamat Bersalin Anak Lelaki

Hero ketiga

Menerusi pihak pengurusan, Warner Music Malaysia, kedatangan seorang lagi cahaya mata lelaki dalam keluarga kecil Kaka benar-benar memenuhi hati pelantun lagu ‘Bawaku Pergi’ dan suaminya, Adam Azriff.

Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff meluahkan rasa syukur ke atas sokongan yang diterima dari rakan-rakan media dan peminat yang sentiasa mendoakan kebahagian buatnya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu kini memasuki babak baru dalam kehidupannya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Stories Instagram, Kaka memuat naik keadaan dalam bilik yang didudukinya dan dilihat Adam yang baru selesai menunaikan solat.

Alhamdulillah syukur pada Allah.

Sumber: Instagram @kakaazraff

SKIP THIS AD ×