berita

‘Kakak Adik, Abah Rindu..’ – Dua Puteri Maut Serentak, Luahan Bapa Buat Kami Sebak

August 18th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang dijaganya sejak kecil akhirnya pergi meninggalkan dirinya dahulu. Paling sebak apabila suami isteri ini terpaksa menerima takdir kedua dua anaknya dijemput illahi terlebih awal.

Kemalangan yang berlaku di Jalan Beserah semalam menyebabkan dua beradik maut akibat tercampak keluar selepas kereta Honda City dinaiki bersama mereka terbabas. Luahan bapa ini buat kami sebak.

Allah lebih sayangkan kamu berdua

 

Puteri ku,
damai lah kamu berdua di sana.
Bermainlah, gelak ketawa lah bersama2 di dalam syurga Puteri ku. Allah lebih sayangkan kamu berdua, Allah telah memanggil kamu berdua puteriku, akhir2 ini, abah perasan banyak masa kakak bermersa bersama adik, adik sangat gembira akhir2 ini bila bermain dgn kakak, dan adik selalu minta abah dukung adik setibanya abah di rumah setelah pulang kerja, kakak pula selalu buat abah terperanjat dgn jeritan untuk menyakat abah setelah abah melangkah ke dalam rumah setelah penat berkerja.

Tapi abah tak pernah perasan yang semua tu bakal berakhir malam semalam 17/8/18, puteriku abah dan ibu sangat sayangkan kamu berdua, rindu akan tawa senda mu, rindu jerita kakak, rindu garau suara adik yg meminta makanan jika lambat di suap ke mulut. Kakak, abah rindu celoteh kakak yang suka bercerita kpd abah dan ibu dan soalan2 yang selalu kakak tanya pada abah dan ibu, abah dan ibu sangat2 rindu pada kamu berdua, baru satu hari kamu berdua meninggalkan kami, tapi perasaan ini terasa sangat lah rindu, telinga ini bagai terdengar akan suara kamu berdua puteriku, mata ini selalu terbayang2 akan pergerakan mu yang selalu bermain2 di dalam rumah, abah dan ibu takkan pernah lupa pada kakak dan adik, kakak dan adik damai lah di sana, Allah telah memanggilmu, pergilah dgn tenang.

Hadirkan sifat sabar dalam diri kami

Allah telah meminjamkan kamu berdua kpd ibu dan abah sekadar waktu ini sahaja, abah Redha… Puteri2 ku, cari lah abah dan ibu jika kamu tidak bertemu abah dan ibu di Syurga, carilah sehingga jumpa, tariklah abah dan ibu ke dalam Syurga Allah, di mana tiada tempat yg kekal melaikan di syurga mu Ya Allah.. Ya Allah tabahkan hatiku dan isteri ku, tanamkan perasaan redha kpd kami dengan ketentuan dan takdir mu ini. Hadirkan sifat sabar di dalam diri kami Ya Allah.. sebaik baik perancangan adalah perancangan mu Ya Allah.. ada kemanisan di sebalik kepahitan.. InsyaAllah..
Nur Nailah Al Farafisha
Nur Afina Safiya
Dalam kenangan Abah dan Ibu.
Dari,
Mohd Helmiardi Bin Nosaha

Difahamkan menerusi Berita Harian, kereta terbabit hilang kawalan lalu terbalik melanggar tiang lampu di tengah-tengah penghadang jalan, ketika melalui laluan berlopak. Akibat rempuhan itu, dua beradik terbabit tercampak keluar dan terjatuh atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai.

Semua mangsa dikejarkan HTAA untuk mendapatkan rawatan namun pada jam12.30 tengah malam, dua kanak-kanak yang sedang menerima rawatan meninggal dunia di wad kecemasan HTAA.

Sumber : Ayuni

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×