Kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan iaitu Nadia, tampil menjawab pertanyaan netizen berhubung daripada mana adiknya itu mendapat kekuatan meskipun diberi dugaan yang agak mencabar pada usia yang muda.
Artikel Berkaitan: Kakak Nafi Umisya ‘Bertepuk Tangan’ Susulan Ujian Menimpa Marissa – ‘Dia Tak Berseronok, Malah Datang Tolong Mandi & Solatkan Jenazah’
Artikel Berkaitan: Aslam & Umisya Ada Sebab Buat ‘Live’ Walaupun Marissa Sedang Berpantang – ‘Bukan Ambil Kesempatan, Kami Terpaksa’
Kami broken family
Menurut Nadia, mereka bukan berasal daripada keluarga yang senang. Malah, mereka dibesarkan dalam keadaan ‘broken family‘.
Kami empat beradik perempuan kesemuanya. Jarak usia antara kami dan Misya jauh sangat. Misya dibesarkan oleh mak dan kakak-kakak sahaja.
Hidup Misya hanya ada mak dan kakak. Masa kecilnya tiada figura lelaki dalam hidupnya. Misya dapat rasa perlindungan dan kasih sayang dari abang-abang ipar yang dari kecil sangat ambil berat tentangnya. Terutama suami saya, yang anggap Misya macam adik kandung.
Misya paling rapat dengan saya. Ke mana saya pergi pasti bawa dia. Anak-anak saya pun rapat dengannya.
Tambah Nadia, Misya hanya ada ibu dan kakak sahaja dalam hidupnya.
Segala dia rasa, dia akan luah kepada kami.
Berbicara lebih lanjut, Nadia berkata, ibunya pernah berpesan agar kami adik beradik jangan bergaduh dan berpecah belah.
Ibu pesan jangan biarkan Misya, jangan diam kalau orang buat dia. Selain mak, kami yang menjaga dia. Kami tahu bila dia dalam kesusahan. Bila dia sedih dan gembira kami tahu.
Sumber: Instagram