berita

‘Kakak Langgar Saya, Tangan Saya Luka! Saya Nak Duit’

February 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sindiket penipuan di Malaysia semakin membimbangkan. Pelbagai cara yang dilakukan sidiket ini untuk mengaut keuntungan mudah. Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini, dia dipaksa untuk memberi wang kepada seorang perempuan selepas berlakunya satu kemalangan di sebuah jalan raya di Kuantan, Pahang.

Jalan ke kanan ke kiri

Sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum. Disini sekadar nak berkongsi pengalaman untuk awareness penduduk Kuantan. Kejadian berlaku tengah hari tadi sekitar jam 12 tengahari. Saya drive untuk COD makanan ke HTAA. Saya lalu di hadapan balai polis trafik Kuantan. Masa ke depan sikit (depan sikit dari kedai nora aman 2 dan hampir dengan pintu pagar belakang HTAA), banyak kereta yang parking di tepi2 sebelah kiri sebab ada gerai menjual makanan di tepi sebelah kanan.

Saya slow down kan kereta sebab di depan ternampak ada seorang perempuan bertudung berjalan kaki bersebelahan kereta-kereta yang parking di bahu jalan tadi. Saya serba salah sebab perempuan tu macam jalan ke kanan, kekiri n kekanan balik. Dalam hati dah cakap “nak pegi mana pulak orang ni? Mcm org mabuk berjalan”.. Nak ke kanan sedikit, banyak kereta pulak di jalan bertentangan so saya slowla dalam 30saat sampai saya rasa perempuan tu dah konsisten berjalan lurus dibahu jalan, saya tekan minyak sedikit untuk teruskan perjalanan.

Sekali perempuan tu semacam menerpa ke kanan dan saya langgar dia. Saya jerit dan sempat la tekan brek. Nasib baik saya bawa pun masa tu slow sangat (bayang kan kalau saya tak sempat brek?). Masa tu panik tatau nak buat apa. Orang sekeliling pun sama panik (orang yg depan gerai semua dah memerhati).. Saya xberani keluar sebab karang kene pukul tak pasal.

Saya mahu duit

Sekadar gambar hiasan

Perempuan tu bangun, sapu-sapu tangan sebab berpasir agaknya. Saya dapat tengok macam orang Rohinya. Pergi ke arah cermin kereta saya sambil cakap “kakak langgar saya. Tangan saya luka. Saya mahu duit” (dia cakap tone down je). Saya cakap dekat die “saya bawa slow. U tiba-tiba terpa ke kereta saya kenapa? Saya tunggu awak jalan kiri kanan. Ini jalan sibuk tau banyak kereta. Saya tak langgar, awak yang tiba-tiba saja terpa ke kanan”. Die cakap “saya nak duit.. Tangan saya sakit”. Die memang dok ulang ayat yg sama. Aduhai saya pegang tangan die memang takde luka pun (masa tu saya dah kuwa dari kereta)

Dalam 5 minit jugakla dia asyik minta duit (ayat sama sebab mungkin  tak fasih bercakap bahasa melayu kot). Sekali datang sorang brother ni saksi dekat situla. Dia cakap “nak duit je tu.. Bagi jela rm10”.. Saya tanya die boleh ke? Dia kata boleh. Bila keadaan dah tenang, saya call husband cerita. Dia cakap sebenarnya banyak sangat dah sindiket macam tu dekat China, Singapore. Pedestrian yang saja dok langgar kereta orang sebab nak minta duit. Husband tanya tak tangkap gambar ke, report polis ke apa. Saya kata panik sangat sampai tak tefikir tadi.

Nasib baik langgar slow. Kalau tak sempat brek sebab panik ke apa? Cedera parah ke mati? Tak ke naya haaa masuk penjara tak pasa-pasal. So, orang Kuantan berhati-hati la ye. Orang tu perempuan rohingya pakai tudung badan biasa dalam 55kg,tinggi 155cm kot. Debor tu sampai sekarang rasa.

Sumber: Liana Haffiza

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×