Sekadar gambar hiasan
Siapa sangka, majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi momen bahagia bertukar tragedi apabila pengantin perempuan disahkan meninggal dunia pada hari kejadian.
Pengantin meninggal masa majlis kahwin
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Daily Star, pengantin perempuan dikatakan mengalami pening kepala sebelum tidak sedarkan diri ketika majlis perkahwinanya sedang berlangsung. Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke salah sebuah hospital di India. Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.
Namun pihak keluarga tidak mahu membatalkan majlis dan sanggup meneruskan majlis tersebut dengan menggantikan pengantin perempuan. Si bapa meminta anak perempuannya yang lain (adik mangsa) untuk menggantikan posisi sebagai pengantin perempuan.
Difahamkan, jenazah bakal pengantin perempuan yang tragis itu disimpan di dalam peti sejuk jenazah di hospital sehingga majlis perkahwinan selesai.
Sumber: Daily Star