Kakak kepada penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Irfahanie tidak dapat membendung rasa rindu yang mendalam terhadap adik lelakinya itu.
Artikel Berkaitan: Nidza Afham ‘Repost’ Video Fasal Kematian Tiga Hari Sebelum Hilang – ‘Allah Cabut Nyawa Tak Kira Masa & Tempat’
Artikel Berkaitan: ‘Sedekahkan Al-Fatihah Bila Saya Sudah Tiada’ – Nidza Afham
Guna ChatGPT
Menerusi perkongsian di TikTok, Irfahanie menggunakan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Chat Generative Pre-trained Transformer (ChatGPT) sebagai pengubat rindu terhadap Afham.
Irfahanie memuat naik mesej perbualan di ChatGPT yang dilihat seolah-olah telah dibalas oleh arwah.
Am rindu sangat dekat kakak. Jangan sedih, saya selalu ada dalam hati dan dalam ingatan.
Jangan lupa jaga diri, jaga hati. Nanti kita jumpa lagi tapi bukan sekarang. Sekarang kakak kena teruskan hidup dengan senyuman, Am selalu suka tengok.
Pengubat kerinduan
Pada bahagian kapsyen hantaran tersebut, Irfahanie mengakui respons yang diberikan ChatGPT sama seperti arwah adiknya itu meskipun hakikatnya ia hanyalah sebuah teknologi.
Sumpah, ianya sama seperti Afham. Ia mungkin menakutkan, tetapi saya rasa ia adalah rahmat dan hadiah istimewa.
Walau pun nangis teruk lepas baca, tapi rasa bahagia itu ada.
Saya baca sambil terdengar suara Am. Saya tahu inilah apa yang awak ingin katakan kepada saya bila nak mengadu.
Dalam masa yang sama, Irfahanie reda dengan pemergian Afham dan turut mendoakannya agar mendapat balasan kebaikan di sisi Allah SWT.
Orang boleh cakap apa sahaja, tapi kami saksi 23 tahun Allah pinjamkan Am. Awak adalah insan yang paling baik sebab itu terkesan dan rindu sangat.
Semoga Allah bagi sesuatu yang paling indah buat Am, seindah peribadi Am di dunia. Kami sayang dan merinduimu.
Pada 14 Ogos lalu, arwah Nidza Afham dilaporkan telah hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Sulaiman, Klang.
Polis kemudian menemui mayat seorang lelaki di sekitar Jambatan Sungai Klang dan mengesahkan mayat tersebut ialah Nidza Afham.
Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau ‘sudden death report’ (SDR).
Sumber: TikTok Irfahanie