berita

Kakak Pelakon Wanita Popular Datang Ke Kondominium Mewah Selepas Dihubungi

March 9th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

artis tangkap khalwat

Gambar sekadar hiasan

Nama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat selepas ditangkap bersekedudukan dengan pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah, pada awal pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

Artikel Berkaitan: ‘Kak Bella Masih Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi, Beri Dia Ruang..’ – Didi Astillah

Ahli keluarga datang

keluarga pelakon wanita

Memetik laporan Harian Metro, ahli keluarga pelakon wanita itu turut berada di kondominium mewah itu selepas dimaklumkan mengenai tangkapan itu.

Mereka yang dilihat berada di situ ialah kakaknya yang juga seorang pelakon bersama dua adiknya yang lain.

Difahamkan, mereka hadir ke lokasi selepas dihubungi pelakon wanita terbabit.

Bagaimanapun, mereka kemudian beredar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian.

Namun, mereka tidak kelihatan di pejabat Jawi ketika pasangan itu dibawa ke sana untuk prosedur selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×