Seperti yang sedia maklum, keluarga pelakon cantik jelita, Ruhainies berdepan dengan detik cemas apabila mereka sekeluarga terbabit dengan kemalangan baru-baru ini di Jalan Tun Razak berhampiran Institut Jantung Negara.
Terbaru, kakak kepada pelakon popular ini iaitu Nur Risteena turut berkongsi pengalaman semasa detik cemas tersebut di laman sosial Instagram milknya.
Pergelangan tangan ibu patah
https://www.instagram.com/p/B2cQelNJzhN/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Menerusi posting tersebut, Risteena akui sedikit terkilan dengan keadaan kesihatan ibunya, Che Bunga Salleh yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan dan akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
Keadaan ayah dan adik yang terhantuk kuat juga merisaukan saya, tapi Alhamdulillah takde yang serious
Keadaan saya Alhamdulillah okay. Cuma sedikit lebam kesan hentakan yang kuat dan masih dalam trauma untuk drive buat masa sekarang.
‘Kepala dah atas dashboard’
Bercerita tentang detik cemas itu, menurut Risteena kejadian berlaku akibat kereta yang dipandu adiknya itu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Tak sempat langsung nak brek sebab dari jarak yang dah terlalu dekat. Terpaksa berlanggar. Hentakan terlalu kuat. Hanya mampu minimum kan perlanggaran. Walaupun kepala dah atas dashboard.
Alhamdulillah berjaya mengawal stereng daripada masuk ke jalan sebelah yang melawan arus. Sehingga kereta diseret ke jalan sebelah kiri dan terhenti sendiri. Lepas kereta berhenti, saya make sure semua family saya turun dari kereta dulu dan duduk di tempat selamat.
Tambahnya lagi, pada ketika itu dia tiada pilihan lain kecuali memilih untuk terus kuat dan redha dengan kejadian yang menimpa mereka sekeluarga.
Masa tu rasa diri kuat bila tengok semua masih dalam keadaan sedar dan mampu berjalan sendiri. Lepas tu baru sedar tangan mama patah. Perasaan masa tu Allah je yang tahu. Tapi satu-satu nya pilihan masa tu hanya untuk jadi kuat. Tak ada pilihan lain.
Berhati-hati di jalan raya
Risteena juga mengatakan tragedi cemas yang menimpa dirinya sekeluarga ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.
You never know how strong you are until being strong is the only choice you have.
Satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup saya. Namun saya bersyukur pada Allah swt masih memelihara kami walaupun mengalami kemalangan yang agak teruk. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan, memberi moral support. Allah je dapat balas jasa semua.
Dia juga turut meminta agar semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati.
Sumber: Nur Risteena