Kakak sulung kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Irfahani berharap agar proses bedah siasat hari ini berjalan dengan baik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Waktu Laungkan Azan, Ayah Kata Ada Firasat Jasad Nidza Berada Di Situ’ – Irfahanie
Artikel Berkaitan: ‘Keluarga Akan Berbincang Sama Ada Nak Teruskan Bedah Siasat, Kesian Pada Arwah’ – Aufahanie
Proses bedah siasat
Ketika ditemui OhBulan!, Irfahanie berkata ahli keluarganya juga berharap agar tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan arwah adiknya itu.
Kami harap yang baik-baik saja proses post mortem hari ini.
Sebab setakat ini kami tak tahu keadaan jenazah itu macam mana, ada kecederaan ke tak, kita tak tahu.”
Jadi saya harap yang baik-baik saja supaya dia tidak terseksa.
Irfahanie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada pagi Khamis.
Sementara itu, suami kepada Irfahanie iaitu Muhammad Effie Amron, 34, dilihat tidak dapat menahan sebak sewaktu berkongsi mengenai penemuan arwah adik iparnya di lokasi penemuan.
Saya yang buat pengecaman mayat sekitar jam 8 malam semalam (Rabu). Saya yakin itu adalah dia (Nidza) berdasarkan wajah dan pakaian yang dipakai.
Terdahulu, penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.
Sehinggalah sekitar jam 7 malam Rabu, pihak bomba melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang
Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.