berita

Kakak ‘Viral’ Video Adik Dibelasah Sekumpulan Remaja Lelaki – ‘Pukul Adik Aku Sampai Macam Tu, Paling Hebat Lah?’

May 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular sejak kelmarin, seorang individu mendedahkan adik lelakinya yang masih remaja dan merupakan pelajar sebuah sekolah telah dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan remaja yang dipercayai dari sekolah yang sama.

Artikel Berkaitan: ‘Diacuh Pisau, Ditumbuk & Diugut Bunuh..’, – Gadis Meraung Kesakitan Dibuli Hampir Empat Jam

Artikel Berkaitan: Ditumbuk & Dibuli, Ibu Buat Laporan Polis Setahun Anak Dibuli Sebab Tak Pandai Cakap ‘English’

Disepak terajang

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita tersebut di Instagram (IG), memaparkan seorang remaja lelaki berpakaian sukan sekolah berwarna kelabu dipukul oleh sekumpulan remaja di sebuah kawasan yang tidak diketahui.

Pastikan kamu semua bersedia sahajalah esok, aku akan sampai ke sekolah. Pukul adik aku macam tu, paling hebat lah tu?

Pada awal video, remaja tersebut diserang oleh seorang remaja lelaki yang tidak memakai baju dan mereka yang lain hanya sekadar memerhati. Namun setelah remaja itu rebah ke tanah, ramai yang datang memukul dan menyepak di bahagian badan serta kepalanya.

Difahamkan, terdapat dakwaan bahawa insiden tersebut melibatkan pelajar-pelajar dari salah sebuah sekolah menengah di Gombak, Selangor.

Selebriti tolong ‘viral’

Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian selebriti tempatan antaranya penyanyi rap, Caprice dan pelakon Eyra Hazali yang bertindak meletakkan hantaran tersebut di IG mereka.

Kasi masuk dalam (ditangkap) semua budak-budak ini. InsyaAllah. Harap-harap cikgu dengan ibu bapa ambil berat pasal kes ni.

Buli bukan satu perkara yang betul. Tidak kisahlah bagaimana kejadian buli itu bermula. Pukul memukul tak tunjuk awal hebat, tapi tunjuk kelemahan diri sendiri kerana tak boleh menerima kekurangan sendiri. Tak doa yang tak baik, tapi harap terima hukuman yang setimpal.

Polis jalankan siasatan

Dalam pada itu, tinjauan OhBulan! mendapati kakak kepada remaja berkenaan telah memuat naik hantaran terbaharu di IG yang memaklumkan bahawa sekumpulan remaja yang memukul adiknya telah ditahan oleh pihak polis pada malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Maklumat terkini, mereka sudah ditahan dengan polis untuk siasatan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×